Monday, 4 November 2013

V34 Cycling Team @ KBJ Charity Ride 2013

Kali ini admin nak update tentang kayuhan amal anjuran Kompleks Bukit Jambul. Tersebutlah kisah 20 Oktober yang lalu, kami (Opie, Abg Din Lawyer, Cikgu Ruzi & Pak Husin) berkumpul di Gerai Makan Sireh Corner Bukit Jambul seawal 7 pagi.

Pukul 7 pagi dah berkumpul kat Gerai Sireh corner

Kayuhan akan bermula 8 pagi, tapi dek kerana Opie & Abg Din masih belum lagi daftar maka kami mencuba nasib untuk daftar pada hari kejadian. Dari Sireh Corner kayuh tak sampai 5 minit ke KBJ, Opie & Abg Din berjaya daftar dengan jersey dapat hari tu juga (siap boleh try size lagi huhuhu). Semasa semua rider menunggu masa untuk dilepaskan, kami sempat bertemu rakan kayuhan V34 iaitu Yusrizam, Pak rahman & Fizee. rupa-rupanya ada jugak geng V34 yang register tak bagi tau hahaha... Tepat jam 8 pagi rider semua pon dilepaskan. Kami memulakan kayuhan secara pelahan sebab semua rider dalam satu gerombolan, takut nanti ada yang tersungkur atas jalan dengan basikal sekali.

Cikgu Ruzi sedang membantu pam tayar belakang basikal Abg Din (admin tolong amik gambaq)

Depa posing amik gambaq dulu

Dari kiri : Opie, Pak Husin, Yusrizam, Cikgu Ruzi & Abg Din



Digarisan Mula.. tak sabaq haih nak race hehehe


Para rider menunggu untuk dilepaskan...

Kayuhan amal ni ada 2 kategori, easy & hard. Kami yang terel-terel ni mesti la join kategori "hard" 25KM ja.. berbanding 'easy' 16KM. Route yang perlu dilalui pon boleh tahan.

Route : KBJ - Coastal Highway Jelutong - Exit Pekan Jelutong/Sg Pinang - Pekan Jelutong - Bukit Dumbar - Bukit Gambir - Bukit Jambul - Bukit Relau - KBJ   -> 25KM

Kelompok depan rider yang dilepaskan di garisan mula selalunya yang bergiat nak race atau buat catatan masa peribadi. Kami berada dikelompok tengah hanya mula kayuhan santai. Bila dah masuk Coastal highway Jelutong tu baru kami pakat tingkatkan kayuhan. Walaupon group kami terpecah tapi kami masih boleh berkomunikasi dengan radio yang kami bawa. 

Cuaca kayuhan kali ini agak baik. Selalunya mendung atau hujan renyai dalam minggu tersebut, tapi sebab cuaca sangat elok maka kayuhan menjadi rancak. Sedikit kekurangan Marshall agaknya dari pihak penganjur, ada rider yang awal dan yang akhir kelompok yang tersilap arah atau laluan. kami semua berjaya menghabiskan route 25KM dalam masa 1 jam. Tapi yang paling cepat sampai Abg Din, Pak Husin dan Pak Rahman. mana tak cepat depa pon silap laluan. Turun saja dari Bukit Gambir depa terus ke KBJ, tak naik dah bukit Jambul & Bukit Relau. Reporter interview depa la... hebat sampai dulu dari orang lain... hahahaha... jadi bahan lawak la hari tu...

Seperti biasa, lepas kayuhan mesti la nak hadiah. Kami sandarkan basikal dibelakang stage berdepan KFC dan mula meninjau-ninjau hadiah cabutan bertuah yang diletakkan di hadapan stage. Tak sempat nak lepak kedai mamak seperti yang diajak Pak Rahman dalam frekuensi radio V34, acara cabutan bertuah dimulakan. 

Ada 2 nombor pon tak kena... memang tak bertuah la hari tu..

Yang bertuah !!!  Pak Husin jugak... mana kayuhan pon dia mesti dpt..

Tahniah kepada rakan kayuhan V34 iaitu Pak Husin dengan hadiah cabutan bertuah basikal lipat... chempen punya wooo!.   Rakan lain yang dapat hadiah cabutan bertuah, Pak Rahman dan Yusrizam. Opie, Abg Din dan Cikgu Ruzi gigit jari ja hari tu. Apa-apa pon yang penting rakan-rakan kayuhan V34 enjoy kayuhan hari itu. Program kayuhan diakhiri dengan lepak minum di restoran Kayu Nasi Kandar (Original Penang). Selepas melepak lebih kurang sejam kami pon bersurai.








1 comment:

  1. Salam.
    Macam mana kalau nk join group ni kayuh?
    Memang kerap kayuh malam ka?

    ReplyDelete