Monday, 4 November 2013

Kayuhan Malam ~ Repeat KBJ Charity Ride Route 24 Oktober'13

Pada 24 Oktober'13, atas permintaan rakan-rakan yang tak sempat join KBJ Charity Ride pada 20 Oktober yang lalu. Kami merancang untuk ulang semula kayuhan mengikut route tersebut. Jadi malam 24 Oktober itu pon 7 rider dari V34 Cycling Team membuat rengkuhan dari kediaman masing-masing. Tempat berkumpul rakan-rakan kayuhan di Stesen Minyak Shell Weld Quay. Opie menunggu kayuhan mantap Pak Husin & Ad dari Bayan Lepas di Sireh Corner BJ dan meneruskan kayuhan menyusuri Coastal Highway Jelutong terus ke Jetty dan bertemu Cikgu Ruzi, Abg Salim, Abg Din Lawyer dan jugak Marshall terhebat V34 iaitu Mamu (9w2GJP). Setelah semua tiba dan berkumpul lebih kurang 9.15 malam di situ, rakan-rakan kayuhan V34 memulakan kayuhan ke Coastal Highway Exit Jelutong/Sg Pinang - Pekan Jelutong - Bukit Dumbar - Bukit Gambir. Sampai di kaki Bukit Gambir kami berhenti sekejap menunggu kelibat Abg Suffian yang membuat kayuhan dari rumahnya di Bayan Lepas. Tak sampai seminit abg Suffian meluncur laju turun dari Bukit Gambir dan membuat U-Turn untuk turut serta kayuhan mendaki Bukit Gambir ke Bukit Jambul seterusnya ke Bukit Relau dan berehat di Bulatan Queensbay.

Dah sampai di Queensbay


Lega haihh dah boleh rest


Jangan silap tgk.. kami tak kena saman.. sebelah kanan sekali tu marshall kami (mamu)


Bergambar gaya bandboy hehehe..


Bergambar gaya rider kental..!

Dah rest dekat setengah jam sambil berdiri, rakan-rakan ajak lepak kena jagung bakaq dan re-fill ayaq. Kami pon kayuh seround depan QB tu cari gerai yang sesuai. Nampak ada gerai juai jagung bakaq siap meja kerusi kami pon serbu.


Dah duduk.. tunggu org amik order...

Depa order laksa la pulak... tadi kata nak makan jagung saja.. hehehe tambah kalori..


Dah duduk makan & minum tu maka terlajak lepak sampai pukul 1 pagi. Cikgu Ruzi, Abg Din dan Abg Salim meneruskan kayuhan melalui Coastal Highway Jelutong ke rumah masing-masing. Opie, Abg Suffian, Pak Husin dan Ad berpecah di Lampu isyarat Bukit Jambul menuju rumah masing-masing. Sasaran kayuhan 40KM tercapai.




No comments:

Post a Comment