Monday, 18 November 2013

Kayuhan Malam ~ 24 Oktober 2013

Assalamualaikum... bertemu kembali setelah hampir 2 minggu tak update entri blog kayuhan V34 Cycling Team. Kali ini, penulis seperti biasa akan ringkaskan cerita aktiviti kayuhan yang berlaku saban minggu oleh rakan-rakan kayuhan V34 Cycling Team.

Tanggal 24 Oktober, malam jumaat terjadilah rancangan kayuhan kami untuk mengulangi route kayuhan "KBJ Charity Ride". Jam 8.30 mlm saya, Ad & Pak Husin bertemu di hadapan Maybank I-Avenue dan meneruskan kayuhan menyusuri Jelutong Coastal Highway ke Stesen Minyak Shell Weld Quay, Jetty. Disana, Cikgu Ruzi, Abg Din & Abg Salim telah siap sedia menunggu jam 9.00 mlm. Mamu juga turut serta sebagai marshall kayuhan kami malam itu.




Jam 9.00 malam berkumpul di stesen minyak Weld Quay

Dari Weld Quay kami memulakan aksi kayuhan santai ke Pekan Jelutong - Bukit Dumbar dan kemudiannya ke Bukit Gambir. Jam 9.35 malam kami berada di kaki Bukit Gambir dan bertemu Abg Suffian yang baru sampai menuruni Bukit Gambir dari arah Bukit Jambul. Kami kemudian memulakan pendakian Bukit Gambir dan bersambung ke Bukit Jambul, Bukit Relau dan meneruskan kayuhan ke Queensbay. 

Geng V34 dah sampai Queensbay


Aksi Mamu merangkap Marshall malam itu


Yeaaa! kami dah sampai Queensbay.. boleh rest sat


Sebelum kami menyudahkan kayuhan ke base station masing-masing, kami rehat & lepak di gerai Jagung Bakar ditepi patai Queensbay. Ada yang makan laksa ada yang minum & kena jagung bakar saja. Dengar cerita Abg Din & Abg Salim.. depa yang makan laksa pedas ya amat! lepas tu nak kayuh balik rumah Cikgu Ruzi pon dah semput hehehehehe... Takpa next time kita jangan makan la sebelum habis kayuhan. Di kayuhan akan datang memadai dengan bekal roti atau power bar untuk alas perut dan ganti tenaga kayuhan. 

Lepak & Rehat digerai Jagung Bakar


Mai..mai amik order ni.. nak makan nak minum...


Kayuhan malam itu tamat jam 12.15 tgh malam. Kami bersurai dari Queensbay, saya, Ad & Pak Husin berpatah balik ke BJ/Bayan Lepas manakala Cikgu Ruzi, Abg Salim & Abg Din meneruskan kayuhan ke base station Cikgu Ruzi di Masjid Negeri. Alhamdulillah, masing-masing mencapai sasaran jarak kayuhan 40KM. Sekian.. 73.

 

No comments:

Post a Comment