Monday, 18 November 2013

Kayuhan santai ke Straits Quay ~ 30 Oktober 2013

Kali ini kayuhan rakan-rakan V34 Cycling Team bersambung lagi. Kali ini sesi ulangan kayuhan ke Straits Quay. Dengan penuh bersemangat saya dan Ad memulakan kayuhan ke Masjid Negeri dari base station masing-masing jam 8.30 malam dan target kami untuk sampai jam 9.00 malam di base station Cikgu Ruzi di Masjid Negeri. Sesampainya disana Abg Din telah pon menunggu dengan Cikgu Ruzi. Cikgu Ruzi memaklumkan yang Wan & Yusrizam menunggu di gerai Pak Rahman. Jadi kami berempat memulakan kayuhan dari rumah Cikgu Ruzi ke kuarters pegawai penjara dimana terletaknya gerai Pak Rahman. Bertemu Wan & Yusrizam, kami berenam terus  menyusuri Kelawai Road dan terus sahaja ke Straits Quay.

Bergambar di Straits Quay : background boat mewah


Strait Quay jadi lokasi group cyclist yang lain jugak 


Pak Guard nepal jadi mangsa suruh amik gambar

Dah lepak dan rest sekejap di Straits Quay kami sambung kayuhan ke Gurney & Padang Kota. Tapi sebelum nak keluar dari Straits Quay tu tiba-tiba Pak Husin tiba dengan moto jadi marshall tak rasmi malam itu. Pak Husin tak dapat join kayuhan malam tu sebab kerja overtime. Dengan diiringi Pak Husin, kami teruskan kayuhan santai melalui Gurney dan berhenti di Padang Kota.

Marshall terkejut malam tu


Aksi menarik di Padang Kota


Dah ambil angin di Padang Kota sekejap, maka kami pon terus menamatkan kayuhan di Gerai Pak Rahman. Saya dan Ad cuma minum & bersembang dengan rakan-rakan lebih kurang 40 minit sebelum jam menunjukan 12.00 malam. Kami teruskan kayuhan ke rumah masing-masing dari Gerai Pak Rahman. Meter merekodkan jarak kayuhan 40KM malam itu setelah sampainya dirumah.  


No comments:

Post a Comment