Jam 9.00 malam bertemu di Stesen Petronas Relau, bukan sebab nak isi minyak yg semakin kurang subsidinya tapi sebab disitu kawasan luas dan terang selamat untuk menunggu rakan2 kayuhan yang lain. Maka setelah Ad mengambil kedatangan lagak macam ketua darjah... didapati cuma empat pengayuh kental saja yang akan memerah keringat malam itu. Dengan kelajuan 20KM/J kami memulakan rengkuhan mendaki Bukit Relau dan seterusnya mendaki pula Bukit Jambul.
Stesen Petronas Relau : Pak Husin bersemangat setelah meneguk susu..
Stesen Petronas Relau : Opie & Ad membuat aksi remaja terlajak yang ceria...
Turun dari puncak Bukit Jambul kami memecut laju (sebab turun bukit) menghala ke Bukit Gambir dimana kelajuan kami tiba-tiba menjadi slow dan akhirnya berhenti sebab traffic light di hadapan USM. Melepasi traffic light USM kami mulakan pendakian dengan kelajuan 9KM/J... ternyata sampai jugak di puncak Bukit Gambir. dari Bukit Gambir kami menukar haluan ke Gelugor melalui Taman Tun Sardon dan menyambung kayuhan ke bulatan Bukit Dumbar dimana kami mengambil laluan ke Coastal Highway menghala ke Queensbay. Namun setibanya di hadapan Waterfront Convention Center kami masuk untuk melihat rumah-rumah mewah yang baru siap dibina disitu.
Dalam kawasan Penang Projek Waterfront.. perghh kalau aku kaya...
Hanya boleh bergambar saja la kat sini...
Dah puas mengelamun dan bermimpi pasal nak beli kediaman juta-juta dengan parking bot mewah persendirian kami meneruskan kayuhan ke Queensbay. Kami memilih untuk menggunakan laluan kayuhan yang disediakan berhadapan Projek Waterfront yang bersambung hingga ke Jabatan Laut Batu Uban. Kami berhenti sebentar di tepi laut dibawah Jambatan Pulau Pinang. Disini kami lihat ramai orang memancing dan ada jugak belangkas yang sedang melekat atas motor dalam kawasan gelap. Kami amik gambar dengan berlatar belakangkan Jambatan Pulau Pinang dan meneruskan kayuhan ke Queensbay.
GAB - Geng Angkat Beskal...hahahaha...
Mengikut jalan ke gerai Nurul Ikan Bakar kami terus saja sampai di Queensbay area tepi laut. Kami cari gerai tepi laut tu dah tak dak... clear... ada lori MPPP yang sedang parking beberapa orang pegawai pon ada juga disitu. Rupa-rupanya para peniaga dah diberikan tempat yang baru untuk berniaga dihujung bulatan Queensbay. Jadi para peniaga masih lagi berpeluang mencari rezeki cuma sedikit kesal sebab lokasi tersebut mungkin menyebabkan kesesakan di bulatan tersebut kerana tiada kawasan letak kereta. Kami terus ke gerai jagung bakar sebab Pak Husin mengidam benar malam itu.
Dah sampai Queensbay.. lepak minum dulu..
Inilah gerai jagung bakar yang kami melepak...
Parking beskal tak dak masalah....
Lepas makan jagung bakar dengan sebotol air minirel kami pon bersurai... Kayuhan ditamatkan dirumah masing-masing. Sampai ketemu lagi... 73.
No comments:
Post a Comment