Wednesday, 20 November 2013

Tawan Bukit Baru & Bukit Lama Balik Pulau ~ 16 Nov 2013

Minggu sebelum itu penulis, Jijan & Pak Husin cuma berjaya naik Bukit Lama (Bukit Genting) Balik Pulau. Menyahut cabaran Jijan yang mahu mencuba satu pusingan Bukit Baru dan Bukit Lama Balik Pulau, maka 16 Nov 13 kami menjadikan ianya satu kenyataan.

Jam 7.30 pagi kami akan bertemu di Stesen Petronas Relau. Abg Din yang berkereta membawa jentera seawal jam 7.00 pagi sampai dikawasan letak kereta rumah penulis. Kami berdua memulakan kayuhan seawal 7.15 pagi setelah siap menyediakan jentera masing-masing. Cuma kami berdua sampai dahulu di Stesen Petronas Relau. Disitu kami bertemu solo rider Bro Abdullah. Dia menegur kami dan ramah bertanya kemana arah kayuhan kami. Setelah memberitahu yang kami menunggu rakan lain dan akan membuat kayuhan ke Balik Pulau, beliau menyatakan berminat untuk turut serta memandangkan beliau juga tidak pernah lagi mencuba kayuhan ke Balik Pulau melalui Bukit Baru.

Tak lama kemudian Shamwalker yang bermula awal pagi kayuhan dari Titi Teras Balik Pulau pon sampai sementara menunggu Jijan disitu. Bersemangat tengok Shamwalker yang dah berjaya mendaki Bukit Baru dari Pekan Kongsi Balik Pulau dan sebentar lagi dia akan mendaki semula Bukit Baru bersama-sama kami.

Jam 7.45 pagi Jijan sampai dan kami tak membuang masa terus saja memulakan kayuhan menyusuri Jalan Relau dan seterusnya mendaki Bukit Baru Balik Pulau. Kayuhan kami agak perlahan kerana masing-masing ingin menyimpan tenaga disaat mendaki bukit. Anggaran penulis sekitar 7-8Kilometer jarak pendakian untuk sampai kepuncak Bukit Baru (Anjung Indah) dari Relau.


Abg Din berhenti mengatur nafas sambil ditemani bro Abdullah 


Bro Abdullah rakan baru kami kenali.. rupanya dia ni mmg kuat.. sampai atas puncak dia turun balik cari rakan-rakan yang tertinggal atau berhenti keletihan.


Penulis diawal pendakian.. dihadapan sekali Shamwalker yang tak sambar nak sampai puncak


Sebelum penulis terlupa, marshall kayuhan kali ini adalah Cikgu Ruzi. Beliau tak dapat turut serta dalam kayuhan kali ini kerana sibuk berkursus. Katanya kurang bersedia dan tak cukup rehat untuk turut serta dalam kayuhan bukit Balik Pulau. Tapi jasa Cikgu Ruzi menjadi marshall sekaligus merangkap jurufoto kayuhan pagi itu. Berbanyak terima kasih atas bantuan Cikgu Ruzi yang sudi mengiringi kayuhan kali ini.

Hampir jam 8.40 pagi penulis dan Shamwalker yang mendahului kayuhan sampai di Puncak Bukit Baru. Di ikuti oleh Jijan dan kemudian Bro Abdullah dan Abg Din. Di Anjung Indah kami bertemu pula dengan solo rider dari Permatang Pasir Balik Pulau iaitu Abg Zul. Sambil kami berehat sempat juga kami bersembang-sembang dengan beliau berkisar aktiviti kayuhan masing-masing. 


Dah sampai puncak Bukit Baru (Anjung Indah). Berehat di kerusi bulat yang terdapat disitu.


Kiri sekali : Abg Zul (GTB) dari Permatang Pasir. Penulis sempat berkenalan dengan beliau.


Sudah agak hilang lelah rehat dipuncak Bukit Baru, kami meneruskan kayuhan turun dari puncak bukit. Masing-masing berhati-hati ketika turun bukit kerana kenderaan semakin banyak ketika jam sudah hampir 9.15 pagi. Kayuhan turun selalunya tidak sukar dan tidak mengambil masa yang lama. Sampai dikaki bukit, Pekan Kongsi menanti kami yang meluncur laju menuruni bukit. Mengambil selekoh kiri kami mengelak jalan yang sibuk di Pekan Kongsi dengan menyambung kayuhan dijalan Pondok Upeh dan seterusnya berhenti di Pekan Simpang Empat.

Rehat di gerai kuih muih di Pekan Simpang Empat


Mashall terbaik pagi itu, Cikgu Ruzi


Minum saja.. Teh O ada aircond yg Jijan order


Kami berehat di sebuah gerai kuih muih di Pekan Simpang Empat. Lokasi ini jadi pilih rider rider yang membuat kayuhan ke Balik Pulau. Lebih kurang 30 minit kemudian kami beredar dari gerai tersebut, untuk menyambung kayuhan mendaki Bukit Lama (Bukit Genting).

Pendakian Bukit Genting tidak seteruk pendakian Bukit Lama. Lebih kurang 25 minit kayuhan, kami sampai di puncak Bukit Genting. Kami tak lepaskan peluang untuk bergambar kenangan di situ.


Dah sampai puncak Bukit Genting...


Aksi GAB (geng angkat basikal) hehehe...


Rider & Jentera 

Selesai bergambar, terus saja kami menuruni Bukit Genting menuju Telok Kumbar. Dipertengah kayuhan turun bukit, Cikgu Ruzi sempat mengambil video pendek kami menuruni bukit. Jika berkesempatan akan penulis kongsikan video pendek itu kelak. Buat masa sekarang, penulis hanya sempat berkongsikan cerita dan gambar akan aktiviti kayuhan ini.

Kayuhan bersambung dari Telok Kumbar ke Sg Batu kemudianya menuju Bayan Lepas. Kami memilih untuk mendaki Bukit Ayun dan turun ke Relau. Disimpang lampu isyarat Sg Ara kami semua bersurai. Bro Abdullah terus ke Relau, Jijan ke Sunway Tunas dan penulis, Abg Din dan Cikgu Ruzi meneruskan kayuhan kembali ke Bukit Jambul. Begitulah ringkasan kayuhan kami yang berjaya menawan Bukit Baru dan Bukit Lama Balik Pulau. Kepuasan tergambar di wajah masing-masing. Meter penulis mencatat 33KM jarak kayuhan. Sampai bertemu lagi... 73.








No comments:

Post a Comment