Friday, 29 November 2013
Video Kayuhan Back To Nature Revisited
Video V34CT : kayuhan ke Bukit Karpet ~ credit to Ad & Pak Husin
Tuesday, 26 November 2013
Back To Nature : Revisited ~ 23 Nov 2013
Bertemu lagi kita diruangan jurnal blog V34CT. Kali ini penulis bawakan sedikit cerita pada minggu lepas dimana kami mengulangi kayuhan offroad di Bukit Karpet Sg Ara. Mengikut pelan asal 7.30 pagi kami akan berkumpul di Restoran Dinas Sg Ara. Restorant Dinas Sg Ara merupakan regular port rider-rider berkumpul sebelum merengkuh naik Bukit Karpet pada sebelah pagi atau petang.
Dijadikan cerita pada pagi tersebut penulis sampai dulu di Restoran Dinas seawal 7.15 pagi dan terlebih dahulu singgah di kedai serbaguna Delima untuk membeli roti & chocolate bar sebagai pengganti tenaga untuk kayuhan hari itu. Seketika kemudian, Abg Din sampai dan kami terus order Teh O sementara menunggu rakan-rakan kayuhan yang lain iaitu Jijan, Pak Husin, Ad & Izhar (rakan baru kayuhan V34CT). Izhar kemudian muncul dan diikuti oleh Jijan dan akhir sekali barulah nampak kelibat Ad dan Pak Husin.
Tanpa melengahkan masa Abg Din, Jijan, Ad, Pak Husin, penulis dan juga rakan kayuhan baru V34CT Izhar memulakan pendakian tepat jam lebih kurang 7.50 pagi. Trek kayuhan pagi itu dalam keadaan basah kerana malam tadi hujan lebat membuatkan kami berhati-hati dan sedikit perlahan mendaki naik Bukit Karpet.
Dijadikan cerita pada pagi tersebut penulis sampai dulu di Restoran Dinas seawal 7.15 pagi dan terlebih dahulu singgah di kedai serbaguna Delima untuk membeli roti & chocolate bar sebagai pengganti tenaga untuk kayuhan hari itu. Seketika kemudian, Abg Din sampai dan kami terus order Teh O sementara menunggu rakan-rakan kayuhan yang lain iaitu Jijan, Pak Husin, Ad & Izhar (rakan baru kayuhan V34CT). Izhar kemudian muncul dan diikuti oleh Jijan dan akhir sekali barulah nampak kelibat Ad dan Pak Husin.
Tanpa melengahkan masa Abg Din, Jijan, Ad, Pak Husin, penulis dan juga rakan kayuhan baru V34CT Izhar memulakan pendakian tepat jam lebih kurang 7.50 pagi. Trek kayuhan pagi itu dalam keadaan basah kerana malam tadi hujan lebat membuatkan kami berhati-hati dan sedikit perlahan mendaki naik Bukit Karpet.
Abang Din & Jijan
Rakan baru V34CT.. Izhar
Pak Husin yang penuh bersemangat...
Check point pertama sebelum meneruskan pendakian yg lebih mencabar
Dalam 15 minit kami sampai ke check point pertama dimana kami berhenti rehat sekejap dan merakamkan gambar sebelum meneruskan kayuhan. Dari checkpoint pertama itu lah laluan dan pendakian semakin mencabar. Laluan yang berlumut serta basah membuatkan tayar basikal spin menjadikan kayuhan kali ini sedikit berisiko, oleh itu masing-masing lebih peka dan berhati-hati ketika membuat kayuhan.
Abang Din mangsa pertama pagi itu.. bukan sebab tayar spin tapi sebab tapak kasut licin.. tergelincir ketika kayuhan mendaki... nasib baik tak apa-apa..
Ternyata Bukit Karpet menyediakan cabaran yang sangat tinggi bagi kami yang jarang-jarang memilih kayuhan offroad sebelum ini. Terpaksa menerima hakikat tidak terdaya mengayuh ketika mendaki, kami menolak naik jentera naik di beberapa kawasan pendakian yang tinggi.
Bukit Karpet sangat mencabar.. sampai kena tolak naik..
Mintak nyawa... letih kayuh & tolak.. kita rest sekejap...
Hampir sejam kayuh & tolak jentera di laluan Bukit Karpet, kami berehat sebentar di checkpoint kedua. Disini ada ditanda dengan nombor bagi selekoh pendakian hingga ke puncak Bukit Karpet. Kami berehat dan kembali mengatur nafas untuk terus mendaki ke puncak Bukit Karpet.
Ada tanda bernombor... jumpa no 12 kira dah sampai puncak Bukit Karpet
Pakat berhenti rehat.. letih kayuh & tolak hehehe..
Pelan-pelan kayuh pon sampai jugak kata otai-otai kayuhan, jadi masuk jam kedua kayuhan, akhirnya sampai juga kami di puncak Bukit Karpet. Disitu dah ramai rider-rider lain yang sampai sebab kayuhan mereka lagi awal dari kami. Sepanjang kayuhan naik ke Bukit Karpet hari itu ramai jugak rider yang selisih turun balik dari puncak Bukit Karpet. Rider yang memintas kami naik ke puncak Bukit Karpet ada jugak dalam 2-3 orang. Kayuhan dia orang tu nampak mantap dan tak ada tolak-tolak basikal. Kesimpulanya semua rider yang kami jumpa rata-rata adalah regular cycler Bukit Karpet jadi nampak mereka dah khatam laluan dan pendakian ke Bukit Karpet. Oleh itu, kami berazam untuk buat lebih banyak latihan dimasa akan datang. Untuk kayuhan ke Bukit Karpet akan datang InsyaAllah kami tak perlu tolak lagi jentera masing-masing ketika mendaki.
Alhamdulillah dah sampai puncak Bukit Karpet
Puncak Bukit Karpet : Bergaya didepan GoPro...
Dah boleh tulis nama kat pokok... V34CT was here...
Kami rehat agak lama di puncak Bukit Karpet. Masa yang berlalu kami habiskan dengan bergambar dan bersembang perihal kayuhan. Hingga rider lain habis bergerak turun dari puncak Bukit Karpet barulah kami turut sama turun dari puncak Bukit Karpet. Sepertimana mendaki, menuruni bukit jugak memerlukan kosentrasi yang tinggi memandangkan laluan yang agak licin dan basah. Laluan turun kali ini agak berbeza dari kayuhan terdahulu dimana kami tidak ingat selekoh yang betul hingga tersilap masuk kekebun orang. Laungan dan salakan anjing membuatkan kami cepat-cepat patah balik ke laluan yang berikutnya hingga akhirnya kami mengikut laluan trek kayuhan lasak yang bertanda di pokok. Laluan turun itu agak curam dan satu lorong yang berliku, jadi kami berhati-hati menggunakan brek bagi mengurangkan kelajuan. Tiba di titi kayu merentasi sungai menandakan kami hampir sampai ke laluan masuk pagi tadi. Kami bergambar sekejap sebelum terus menyambung kayuhan keluar ke onroad dan singgah ke Restoran Dinas.
Bergambar di titi kayu selepas turun dari puncak Bukit Karpet
Izhar, Ad terus saja bersurai tak dapat berehat sebentar minum di situ. Penulis, Jijan, Abang Din dan Pak Husin sempat minum dan membersihkan basikal dibelakang Restoran Dinas. Lebih kurang 30 minit melepak disitu kami pon bersurai. Kayuhan Bukit Karpet mencatat 14KM dengan pelbagai kenangan dan pengalaman. Sampai masa kami akan kembali lagi untuk kayuhan hingga ke puncak dan bukannya dengan menolak.
Wednesday, 20 November 2013
Tawan Bukit Baru & Bukit Lama Balik Pulau ~ 16 Nov 2013
Minggu sebelum itu penulis, Jijan & Pak Husin cuma berjaya naik Bukit Lama (Bukit Genting) Balik Pulau. Menyahut cabaran Jijan yang mahu mencuba satu pusingan Bukit Baru dan Bukit Lama Balik Pulau, maka 16 Nov 13 kami menjadikan ianya satu kenyataan.
Jam 7.30 pagi kami akan bertemu di Stesen Petronas Relau. Abg Din yang berkereta membawa jentera seawal jam 7.00 pagi sampai dikawasan letak kereta rumah penulis. Kami berdua memulakan kayuhan seawal 7.15 pagi setelah siap menyediakan jentera masing-masing. Cuma kami berdua sampai dahulu di Stesen Petronas Relau. Disitu kami bertemu solo rider Bro Abdullah. Dia menegur kami dan ramah bertanya kemana arah kayuhan kami. Setelah memberitahu yang kami menunggu rakan lain dan akan membuat kayuhan ke Balik Pulau, beliau menyatakan berminat untuk turut serta memandangkan beliau juga tidak pernah lagi mencuba kayuhan ke Balik Pulau melalui Bukit Baru.
Tak lama kemudian Shamwalker yang bermula awal pagi kayuhan dari Titi Teras Balik Pulau pon sampai sementara menunggu Jijan disitu. Bersemangat tengok Shamwalker yang dah berjaya mendaki Bukit Baru dari Pekan Kongsi Balik Pulau dan sebentar lagi dia akan mendaki semula Bukit Baru bersama-sama kami.
Jam 7.45 pagi Jijan sampai dan kami tak membuang masa terus saja memulakan kayuhan menyusuri Jalan Relau dan seterusnya mendaki Bukit Baru Balik Pulau. Kayuhan kami agak perlahan kerana masing-masing ingin menyimpan tenaga disaat mendaki bukit. Anggaran penulis sekitar 7-8Kilometer jarak pendakian untuk sampai kepuncak Bukit Baru (Anjung Indah) dari Relau.
Jam 7.30 pagi kami akan bertemu di Stesen Petronas Relau. Abg Din yang berkereta membawa jentera seawal jam 7.00 pagi sampai dikawasan letak kereta rumah penulis. Kami berdua memulakan kayuhan seawal 7.15 pagi setelah siap menyediakan jentera masing-masing. Cuma kami berdua sampai dahulu di Stesen Petronas Relau. Disitu kami bertemu solo rider Bro Abdullah. Dia menegur kami dan ramah bertanya kemana arah kayuhan kami. Setelah memberitahu yang kami menunggu rakan lain dan akan membuat kayuhan ke Balik Pulau, beliau menyatakan berminat untuk turut serta memandangkan beliau juga tidak pernah lagi mencuba kayuhan ke Balik Pulau melalui Bukit Baru.
Tak lama kemudian Shamwalker yang bermula awal pagi kayuhan dari Titi Teras Balik Pulau pon sampai sementara menunggu Jijan disitu. Bersemangat tengok Shamwalker yang dah berjaya mendaki Bukit Baru dari Pekan Kongsi Balik Pulau dan sebentar lagi dia akan mendaki semula Bukit Baru bersama-sama kami.
Jam 7.45 pagi Jijan sampai dan kami tak membuang masa terus saja memulakan kayuhan menyusuri Jalan Relau dan seterusnya mendaki Bukit Baru Balik Pulau. Kayuhan kami agak perlahan kerana masing-masing ingin menyimpan tenaga disaat mendaki bukit. Anggaran penulis sekitar 7-8Kilometer jarak pendakian untuk sampai kepuncak Bukit Baru (Anjung Indah) dari Relau.
Abg Din berhenti mengatur nafas sambil ditemani bro Abdullah
Bro Abdullah rakan baru kami kenali.. rupanya dia ni mmg kuat.. sampai atas puncak dia turun balik cari rakan-rakan yang tertinggal atau berhenti keletihan.
Penulis diawal pendakian.. dihadapan sekali Shamwalker yang tak sambar nak sampai puncak
Sebelum penulis terlupa, marshall kayuhan kali ini adalah Cikgu Ruzi. Beliau tak dapat turut serta dalam kayuhan kali ini kerana sibuk berkursus. Katanya kurang bersedia dan tak cukup rehat untuk turut serta dalam kayuhan bukit Balik Pulau. Tapi jasa Cikgu Ruzi menjadi marshall sekaligus merangkap jurufoto kayuhan pagi itu. Berbanyak terima kasih atas bantuan Cikgu Ruzi yang sudi mengiringi kayuhan kali ini.
Hampir jam 8.40 pagi penulis dan Shamwalker yang mendahului kayuhan sampai di Puncak Bukit Baru. Di ikuti oleh Jijan dan kemudian Bro Abdullah dan Abg Din. Di Anjung Indah kami bertemu pula dengan solo rider dari Permatang Pasir Balik Pulau iaitu Abg Zul. Sambil kami berehat sempat juga kami bersembang-sembang dengan beliau berkisar aktiviti kayuhan masing-masing.
Dah sampai puncak Bukit Baru (Anjung Indah). Berehat di kerusi bulat yang terdapat disitu.
Kiri sekali : Abg Zul (GTB) dari Permatang Pasir. Penulis sempat berkenalan dengan beliau.
Sudah agak hilang lelah rehat dipuncak Bukit Baru, kami meneruskan kayuhan turun dari puncak bukit. Masing-masing berhati-hati ketika turun bukit kerana kenderaan semakin banyak ketika jam sudah hampir 9.15 pagi. Kayuhan turun selalunya tidak sukar dan tidak mengambil masa yang lama. Sampai dikaki bukit, Pekan Kongsi menanti kami yang meluncur laju menuruni bukit. Mengambil selekoh kiri kami mengelak jalan yang sibuk di Pekan Kongsi dengan menyambung kayuhan dijalan Pondok Upeh dan seterusnya berhenti di Pekan Simpang Empat.
Rehat di gerai kuih muih di Pekan Simpang Empat
Mashall terbaik pagi itu, Cikgu Ruzi
Minum saja.. Teh O ada aircond yg Jijan order
Kami berehat di sebuah gerai kuih muih di Pekan Simpang Empat. Lokasi ini jadi pilih rider rider yang membuat kayuhan ke Balik Pulau. Lebih kurang 30 minit kemudian kami beredar dari gerai tersebut, untuk menyambung kayuhan mendaki Bukit Lama (Bukit Genting).
Pendakian Bukit Genting tidak seteruk pendakian Bukit Lama. Lebih kurang 25 minit kayuhan, kami sampai di puncak Bukit Genting. Kami tak lepaskan peluang untuk bergambar kenangan di situ.
Dah sampai puncak Bukit Genting...
Aksi GAB (geng angkat basikal) hehehe...
Rider & Jentera
Selesai bergambar, terus saja kami menuruni Bukit Genting menuju Telok Kumbar. Dipertengah kayuhan turun bukit, Cikgu Ruzi sempat mengambil video pendek kami menuruni bukit. Jika berkesempatan akan penulis kongsikan video pendek itu kelak. Buat masa sekarang, penulis hanya sempat berkongsikan cerita dan gambar akan aktiviti kayuhan ini.
Kayuhan bersambung dari Telok Kumbar ke Sg Batu kemudianya menuju Bayan Lepas. Kami memilih untuk mendaki Bukit Ayun dan turun ke Relau. Disimpang lampu isyarat Sg Ara kami semua bersurai. Bro Abdullah terus ke Relau, Jijan ke Sunway Tunas dan penulis, Abg Din dan Cikgu Ruzi meneruskan kayuhan kembali ke Bukit Jambul. Begitulah ringkasan kayuhan kami yang berjaya menawan Bukit Baru dan Bukit Lama Balik Pulau. Kepuasan tergambar di wajah masing-masing. Meter penulis mencatat 33KM jarak kayuhan. Sampai bertemu lagi... 73.
Monday, 18 November 2013
GoRide ~ 13 November 2013
Malam Rabu 13 November, kayuhan V34CT diteruskan. 4 orang remaja terlebih umur iaitu Opie, Jijan, Ad dan Pak Husin dengan jentera masing-masing meredah malam dan mendaki Bukit Jambul & Bukit Gambir. Route 26KM kami habiskan dalam masa 1 jam... selebihnya berenti mintak nyawa dan rehat.
Jam 9.00 malam bertemu di Stesen Petronas Relau, bukan sebab nak isi minyak yg semakin kurang subsidinya tapi sebab disitu kawasan luas dan terang selamat untuk menunggu rakan2 kayuhan yang lain. Maka setelah Ad mengambil kedatangan lagak macam ketua darjah... didapati cuma empat pengayuh kental saja yang akan memerah keringat malam itu. Dengan kelajuan 20KM/J kami memulakan rengkuhan mendaki Bukit Relau dan seterusnya mendaki pula Bukit Jambul.
Jam 9.00 malam bertemu di Stesen Petronas Relau, bukan sebab nak isi minyak yg semakin kurang subsidinya tapi sebab disitu kawasan luas dan terang selamat untuk menunggu rakan2 kayuhan yang lain. Maka setelah Ad mengambil kedatangan lagak macam ketua darjah... didapati cuma empat pengayuh kental saja yang akan memerah keringat malam itu. Dengan kelajuan 20KM/J kami memulakan rengkuhan mendaki Bukit Relau dan seterusnya mendaki pula Bukit Jambul.
Stesen Petronas Relau : Pak Husin bersemangat setelah meneguk susu..
Stesen Petronas Relau : Opie & Ad membuat aksi remaja terlajak yang ceria...
Turun dari puncak Bukit Jambul kami memecut laju (sebab turun bukit) menghala ke Bukit Gambir dimana kelajuan kami tiba-tiba menjadi slow dan akhirnya berhenti sebab traffic light di hadapan USM. Melepasi traffic light USM kami mulakan pendakian dengan kelajuan 9KM/J... ternyata sampai jugak di puncak Bukit Gambir. dari Bukit Gambir kami menukar haluan ke Gelugor melalui Taman Tun Sardon dan menyambung kayuhan ke bulatan Bukit Dumbar dimana kami mengambil laluan ke Coastal Highway menghala ke Queensbay. Namun setibanya di hadapan Waterfront Convention Center kami masuk untuk melihat rumah-rumah mewah yang baru siap dibina disitu.
Dalam kawasan Penang Projek Waterfront.. perghh kalau aku kaya...
Hanya boleh bergambar saja la kat sini...
Dah puas mengelamun dan bermimpi pasal nak beli kediaman juta-juta dengan parking bot mewah persendirian kami meneruskan kayuhan ke Queensbay. Kami memilih untuk menggunakan laluan kayuhan yang disediakan berhadapan Projek Waterfront yang bersambung hingga ke Jabatan Laut Batu Uban. Kami berhenti sebentar di tepi laut dibawah Jambatan Pulau Pinang. Disini kami lihat ramai orang memancing dan ada jugak belangkas yang sedang melekat atas motor dalam kawasan gelap. Kami amik gambar dengan berlatar belakangkan Jambatan Pulau Pinang dan meneruskan kayuhan ke Queensbay.
GAB - Geng Angkat Beskal...hahahaha...
Mengikut jalan ke gerai Nurul Ikan Bakar kami terus saja sampai di Queensbay area tepi laut. Kami cari gerai tepi laut tu dah tak dak... clear... ada lori MPPP yang sedang parking beberapa orang pegawai pon ada juga disitu. Rupa-rupanya para peniaga dah diberikan tempat yang baru untuk berniaga dihujung bulatan Queensbay. Jadi para peniaga masih lagi berpeluang mencari rezeki cuma sedikit kesal sebab lokasi tersebut mungkin menyebabkan kesesakan di bulatan tersebut kerana tiada kawasan letak kereta. Kami terus ke gerai jagung bakar sebab Pak Husin mengidam benar malam itu.
Dah sampai Queensbay.. lepak minum dulu..
Inilah gerai jagung bakar yang kami melepak...
Parking beskal tak dak masalah....
Lepas makan jagung bakar dengan sebotol air minirel kami pon bersurai... Kayuhan ditamatkan dirumah masing-masing. Sampai ketemu lagi... 73.
V34CT mendaki Bukit Genting Balik Pulau
Rengkuhan dan kayuhan geng V34CT semakin ada kemajuan... kali ini saya membawa rakan kayuhan Jijan & Pak Husin mendaki Bukit Genting Balik Pulau. Bertemu di 7-11 Desa Bayan dihadapan rumah Pak Husin jam 8.00 pagi. Cuma bertiga kami memulakan kayuhan melalui Bayan Lepas ke Sungai Batu. Menyambung kayuhan dengan sedikit pendakian di Sungai Batu sekitar 150 meter kami teruskan ke Telok Kumbar dan berhenti di Puspakom betul-betul dikaki bukit. Mengatur nafas dan meneguk sedikit air kami yang siap sedia menghadapi pendakian ke puncak Bukit Genting terus sahaja menukar gear dan mulakan rengkuhan.
Berhenti disini untuk mengatur nafas sebelum mendaki ke Bukit Genting Balik Pulau
Kayuhan kami berjalan lancar, rata-rata kenderaan hari itu tidak banyak dan jalan yang lebar amat melegakan kami. Menghirup udara pagi yang segar dan menikmati permandangan dari tebing jalan membuatkan kami lebih bersemangat untuk sampai di puncak Bukit Genting.
Permandangan dari tebing jalan raya ke Bukit Genting
Lebih kurang 25 minit dari Puspakom pendakian kami akhirnya sampai di puncak Bukit Genting. Kami kemudian memutuskan untuk turun ke Pekan Simpang Empat Balik Pulau dan singgah kedai runcit sebab Pak Husin nak beli roti & susu... heheheheh... Membesar bagai johannnnn!!!
Penulis & Jijan sampai dulu.... tunggu Pak Husin sambil ambil gambar
Gaya Abang Jijan bau ketiak hahahaha...
nindiaa.. Penulis & Pak Husin dah sampai Puncak Bukit Genting
Kami tak berenti lama sebab mengejar masa. Jijan & Pak Husin nak sampai rumah sebelum pukul 11.00 pagi. Jadi tanpa berlengah kami terus mendaki semula ke puncak Bukit Genting dan terus sambung kayuhan ke Sungai Batu. Memandangkan baru jam 10.00 pagi, kami sempat berenti minum di gerai lauk talam talam kat Sg Batu. Berenti untuk minum sambil ushar aweks yang mai beli lauk kat gerai tu hehehehe...
Lepak kat gerai di Sg Batu
Lepak lebih kurang 30 minit kami pon terus kayuh balik ke Bayan Lepas dan bersurai di 7-11 Desa Bayan. Kayuhan kali ini menambahkan kenyakinan untuk kami menawan Bukit Baru & Bukit Lama Balik Pulau minggu hadapan.
38KM tercatat dalam meter cateye penulis.... satu lagi sesi kayuhan yang berjaya... syabas V34CT.
38KM tercatat dalam meter cateye penulis.... satu lagi sesi kayuhan yang berjaya... syabas V34CT.
Kayuhan santai ke Straits Quay ~ 30 Oktober 2013
Kali ini kayuhan rakan-rakan V34 Cycling Team bersambung lagi. Kali ini sesi ulangan kayuhan ke Straits Quay. Dengan penuh bersemangat saya dan Ad memulakan kayuhan ke Masjid Negeri dari base station masing-masing jam 8.30 malam dan target kami untuk sampai jam 9.00 malam di base station Cikgu Ruzi di Masjid Negeri. Sesampainya disana Abg Din telah pon menunggu dengan Cikgu Ruzi. Cikgu Ruzi memaklumkan yang Wan & Yusrizam menunggu di gerai Pak Rahman. Jadi kami berempat memulakan kayuhan dari rumah Cikgu Ruzi ke kuarters pegawai penjara dimana terletaknya gerai Pak Rahman. Bertemu Wan & Yusrizam, kami berenam terus menyusuri Kelawai Road dan terus sahaja ke Straits Quay.
Bergambar di Straits Quay : background boat mewah
Strait Quay jadi lokasi group cyclist yang lain jugak
Pak Guard nepal jadi mangsa suruh amik gambar
Dah lepak dan rest sekejap di Straits Quay kami sambung kayuhan ke Gurney & Padang Kota. Tapi sebelum nak keluar dari Straits Quay tu tiba-tiba Pak Husin tiba dengan moto jadi marshall tak rasmi malam itu. Pak Husin tak dapat join kayuhan malam tu sebab kerja overtime. Dengan diiringi Pak Husin, kami teruskan kayuhan santai melalui Gurney dan berhenti di Padang Kota.
Marshall terkejut malam tu
Aksi menarik di Padang Kota
Dah ambil angin di Padang Kota sekejap, maka kami pon terus menamatkan kayuhan di Gerai Pak Rahman. Saya dan Ad cuma minum & bersembang dengan rakan-rakan lebih kurang 40 minit sebelum jam menunjukan 12.00 malam. Kami teruskan kayuhan ke rumah masing-masing dari Gerai Pak Rahman. Meter merekodkan jarak kayuhan 40KM malam itu setelah sampainya dirumah.
Kayuhan Malam ~ 24 Oktober 2013
Assalamualaikum... bertemu kembali setelah hampir 2 minggu tak update entri blog kayuhan V34 Cycling Team. Kali ini, penulis seperti biasa akan ringkaskan cerita aktiviti kayuhan yang berlaku saban minggu oleh rakan-rakan kayuhan V34 Cycling Team.
Tanggal 24 Oktober, malam jumaat terjadilah rancangan kayuhan kami untuk mengulangi route kayuhan "KBJ Charity Ride". Jam 8.30 mlm saya, Ad & Pak Husin bertemu di hadapan Maybank I-Avenue dan meneruskan kayuhan menyusuri Jelutong Coastal Highway ke Stesen Minyak Shell Weld Quay, Jetty. Disana, Cikgu Ruzi, Abg Din & Abg Salim telah siap sedia menunggu jam 9.00 mlm. Mamu juga turut serta sebagai marshall kayuhan kami malam itu.
Tanggal 24 Oktober, malam jumaat terjadilah rancangan kayuhan kami untuk mengulangi route kayuhan "KBJ Charity Ride". Jam 8.30 mlm saya, Ad & Pak Husin bertemu di hadapan Maybank I-Avenue dan meneruskan kayuhan menyusuri Jelutong Coastal Highway ke Stesen Minyak Shell Weld Quay, Jetty. Disana, Cikgu Ruzi, Abg Din & Abg Salim telah siap sedia menunggu jam 9.00 mlm. Mamu juga turut serta sebagai marshall kayuhan kami malam itu.
Jam 9.00 malam berkumpul di stesen minyak Weld Quay
Dari Weld Quay kami memulakan aksi kayuhan santai ke Pekan Jelutong - Bukit Dumbar dan kemudiannya ke Bukit Gambir. Jam 9.35 malam kami berada di kaki Bukit Gambir dan bertemu Abg Suffian yang baru sampai menuruni Bukit Gambir dari arah Bukit Jambul. Kami kemudian memulakan pendakian Bukit Gambir dan bersambung ke Bukit Jambul, Bukit Relau dan meneruskan kayuhan ke Queensbay.
Geng V34 dah sampai Queensbay
Aksi Mamu merangkap Marshall malam itu
Yeaaa! kami dah sampai Queensbay.. boleh rest sat
Sebelum kami menyudahkan kayuhan ke base station masing-masing, kami rehat & lepak di gerai Jagung Bakar ditepi patai Queensbay. Ada yang makan laksa ada yang minum & kena jagung bakar saja. Dengar cerita Abg Din & Abg Salim.. depa yang makan laksa pedas ya amat! lepas tu nak kayuh balik rumah Cikgu Ruzi pon dah semput hehehehehe... Takpa next time kita jangan makan la sebelum habis kayuhan. Di kayuhan akan datang memadai dengan bekal roti atau power bar untuk alas perut dan ganti tenaga kayuhan.
Lepak & Rehat digerai Jagung Bakar
Mai..mai amik order ni.. nak makan nak minum...
Kayuhan malam itu tamat jam 12.15 tgh malam. Kami bersurai dari Queensbay, saya, Ad & Pak Husin berpatah balik ke BJ/Bayan Lepas manakala Cikgu Ruzi, Abg Salim & Abg Din meneruskan kayuhan ke base station Cikgu Ruzi di Masjid Negeri. Alhamdulillah, masing-masing mencapai sasaran jarak kayuhan 40KM. Sekian.. 73.
Monday, 4 November 2013
Kayuhan Malam ~ Repeat KBJ Charity Ride Route 24 Oktober'13
Pada 24 Oktober'13, atas permintaan rakan-rakan yang tak sempat join KBJ Charity Ride pada 20 Oktober yang lalu. Kami merancang untuk ulang semula kayuhan mengikut route tersebut. Jadi malam 24 Oktober itu pon 7 rider dari V34 Cycling Team membuat rengkuhan dari kediaman masing-masing. Tempat berkumpul rakan-rakan kayuhan di Stesen Minyak Shell Weld Quay. Opie menunggu kayuhan mantap Pak Husin & Ad dari Bayan Lepas di Sireh Corner BJ dan meneruskan kayuhan menyusuri Coastal Highway Jelutong terus ke Jetty dan bertemu Cikgu Ruzi, Abg Salim, Abg Din Lawyer dan jugak Marshall terhebat V34 iaitu Mamu (9w2GJP). Setelah semua tiba dan berkumpul lebih kurang 9.15 malam di situ, rakan-rakan kayuhan V34 memulakan kayuhan ke Coastal Highway Exit Jelutong/Sg Pinang - Pekan Jelutong - Bukit Dumbar - Bukit Gambir. Sampai di kaki Bukit Gambir kami berhenti sekejap menunggu kelibat Abg Suffian yang membuat kayuhan dari rumahnya di Bayan Lepas. Tak sampai seminit abg Suffian meluncur laju turun dari Bukit Gambir dan membuat U-Turn untuk turut serta kayuhan mendaki Bukit Gambir ke Bukit Jambul seterusnya ke Bukit Relau dan berehat di Bulatan Queensbay.
Dah sampai di Queensbay
Lega haihh dah boleh rest
Jangan silap tgk.. kami tak kena saman.. sebelah kanan sekali tu marshall kami (mamu)
Bergambar gaya bandboy hehehe..
Bergambar gaya rider kental..!
Dah rest dekat setengah jam sambil berdiri, rakan-rakan ajak lepak kena jagung bakaq dan re-fill ayaq. Kami pon kayuh seround depan QB tu cari gerai yang sesuai. Nampak ada gerai juai jagung bakaq siap meja kerusi kami pon serbu.
Dah duduk.. tunggu org amik order...
Depa order laksa la pulak... tadi kata nak makan jagung saja.. hehehe tambah kalori..
Dah duduk makan & minum tu maka terlajak lepak sampai pukul 1 pagi. Cikgu Ruzi, Abg Din dan Abg Salim meneruskan kayuhan melalui Coastal Highway Jelutong ke rumah masing-masing. Opie, Abg Suffian, Pak Husin dan Ad berpecah di Lampu isyarat Bukit Jambul menuju rumah masing-masing. Sasaran kayuhan 40KM tercapai.
Subscribe to:
Posts (Atom)