Selasa malam (8 Okt) yang lalu, secara spontan Pak Husin mengajak rakan-rakan membuat kayuhan 3 Bukit. Yang menyahut cabaran kayuhan tersebut hanya Opie & Abg Suffian Intel. Jadi kayuhan malam kali ini hanya kami bertiga sahaja. Laluan pendek 17KM bermula dari Gerai Makan Sireh Corner (BJ), disini tempat kami bertemu jam 8.30 malam. Pak Husin dan Abg Suffian yang berkayuh dari Bayan Lepas tiba seperti yang dijanjikan dan kami pun memulakan rengkuhan. Melalui jalan dari Hotel Vistana kami akan mendaki Bukit Jambul dan kemudian mendaki terus ke Hotel EQ. Berehat sebentar disitu dan kemudian kami meneruskan kayuhan dengan mendaki Bukit Relau dan berpatah balik. Jadi lagi sekali kami akan mendaki Bukit Relau dan Bukit Jambul dan turun sahaja dari Bukit Jambul kami belok ke kiri menghala Bukit Gambir. Pendakian ke Bukit Gambir agak mencabar tetapi kami berjaya mengharunginya. Turun dari Bukit Gambir kami berehat sebentar di Restoran Tom Yam Mutiara Ria sebelum berpatah balik mendaki Bukit Gambir dan terus pulang ke rumah masing-masing. Kayuhan kali ini dianggap sebagai training untuk Kayuhan Amal anjuran Kompleks Bukit Jambul akan datang pada 20 Oktober nanti.
Bergambar di lobi Hotel EQ
Dah sampai rumah meter mencatat 17KM
Sebelum mendaki Bukit Gambir, singgah isi minyak kat Petronas he he he
Pak Husin beli air di Petronas Bukit Gambir
Dah turun Bukit Gambir, singgah Restoran Tom Yam.. kat sini kami minum saja.
No comments:
Post a Comment