Monday, 28 October 2013

Kayuhan Mingguan ~ 8 September 2013

 Ahad, 8 Sep 13,  Kira-kira jam 7.30 pagi sudah terpacak di rumah Cikgu Ruzi untuk kayuhan mingguan yg telah dirancang dlm group whatapps. Kayuhan ini bertemakan onroad yg mana Cikgu Ruzi akan membawa rakan kayuhan baru dalam V34 Cycling Team iaitu Abg Din Lawyer yg juga merupakan bekas rakan sekolah Cikgu Ruzi. Turut serta  dalam kayuhan mingguan ini, Abg Salim, Yusrizam, Pak Husin, Opie dan juga Mamu merangkap Marshall. Sekadar kayuhan santai dan kayuhan pertama Abg Din Lawyer, Cikgu Ruzi  membawa rakan-rakan mengikut route map berikut : Masjid Negeri - Taman Botani Penang - Bukit Salbiah - Batu Feringgi - Bagan Jermal - Masjid Negeri. Melengkapkan 38KM kayuhan pertama kali bagi Abg Din Lawyer berjalan lancar dimana cuma Cikgu Ruzi sahaja yg mengalami minor cramp sewaktu pusing balik di Bagan Jermal, namun ianya tidak mematahkan semangat untuk kami menamatkan kayuhan pada hari tersebut. Lebih kurang jam 11.00 pagi kami sampai semula dirumah Cikgu Ruzi. Terima Kasih pada semua rakan-rakan kayuhan.

Rumah Cikgu Ruzi : Aksi Mamu & Pak Husin dengan radio - Sambil menunggu rakan-rakan kayuhan lain sampai. 


Bergambar setibanya di Maybank Batu Feringgi



Jentera-jentera kayuhan diletakan berhampiran.. takut kena kebas



Berehat sebentar di McD Batu Feringgi sebelum membuat pusing balik.


Cikgu Ruzi dengan jenteranya dan Abg Din dengan jentera pinjam kepunyaan Cikgu Ruzi.






No comments:

Post a Comment