Kali ini ramai rakan-rakan V34 Cycling Team yang mendaftar, tapi tak semua dapat hadir pada hari program kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Jam 7.15 pagi dari rumah Cikgu Ruzi, kami (Pak Husin, Sham, Opie, Abg Din Laywer & Cikgu Ruzi) mulakan kayuhan ke tempat permulaan program kayuhan amal iaitu di Padang Polo.Setibanya disana, dah ramai rider-rider yang sampai dan baru sampai. Kami memanggil menggunakan radio seorang rakan kayuhan kami, Fizee (9w2HCI) melalui frekuensi V34 yang lebih awal tiba. Sementara menunggu saat flag off para peserta, Sham mencuba nasib untuk mendaftar sekiranya masih dibuka pendaftaran untuk kayuhan amal ini, memandangkan dia masih belum daftar.
Tepat jam 7.30 pagi para peserta terus di lepaskan untuk kayuhan sejauh 25KM. Kami mengikut laluan yang dibawa oleh Marshall program dan Polis Trafik yang mengawal lalulintas memudahkan para peserta mengayuh dengan selamat. Program berjalan lancar walaupun terdapat insiden peserta kayuhan yang terjatuh kerana terlanggar peserta yang lain dan jalan yang agak licin kerana cuaca hujan renyai.
Sampai semula semua peserta di Padang Polo menamatkan 25KM kayuhan dalam jangka masa 1 jam 30 minit. Berpusu-pusu peserta semua termasuk kami mendapatkan sarapan pagi berupa bihun dan roti dari khemah penganjur. Mengikut tetative program kayuhan amal ini, acara cabutan bertuah akan dimulakan pada jam 10.30 pagi. Selepas ucapan, persembahan staff Hospital Pulau Pinang tiba lah masa acara cabutan bertuah yang dinantikan kesemua para peserta. Seperti kebanyakan program-program kayuhan yang disertai sebelum ini, hadiah utama semestinya Basikal. Jadi rata-rata peserta memasang angan-angan untuk membawa pulang hadiah utama tersebut. Tak mengecewakan rakan kayuhan V34 Cycling Team, isteri Yusrizam (9w2ICQ), Fizee (9w2HCI) dan Pak Husin (9w2HUL) berjaya mendapat hadiah dalam cabutan bertuah. Tahniah diucapkan!
Di Padang Kota
Sham - sarapan pagi dengan bihun
Rakan-rakan V34 Cycling Team yang ceria
Pak Husin bergaya dengan hadiah lucky draw
para peserta re-group di Padang Kota
Baru sampai ke garisan penyudah : 25KM
Cikgu Ruzi : saya nak menang beskal sat gi.. ! he he he
Bersembang time orang dok bagi ucapan hehehe..
Check point : Padang Kota.. diberi minirel water & pisang sebagai power bar
No comments:
Post a Comment