Kami sebenarnya, tidak pasti arah atau track sebenar naik ke puncak Bukit Karpet pada hari tersebut. Dengan mengharapkan terserempak dengan mana-mana rider atau cycling group lain yang sudi menunjukan arah, kami tunggu dipertengahan track disebuah pondok. Disitulah perkenalan pertama kami apabila bertemu rakan kayuhan V34 Cycling Team iaitu Abg Suffian yang mana membuat kayuhan solo pada hari tersebut. Beliau dengan baik hati mengajak kami sama-sama mendaki ke puncak Bukit Karpet.
Dari Kiri : Jam 8.00 pagi Cikgu Ruzi & Abg Din sedang menyiapkan jentera.
Dari Kiri : Opie, Azmean & Pak Husin juga tiba ke meet point setelah membuat kayuhan dari rumah.
Aksi Azmean membuat kayuhan meninggalkan Abg salim dibelakang.
Pandangan dari atas bukit....
Cikgu Ruzi.. peace yoo!
Abg Salim..mintak nyawaaa...
Bergambar diselekoh pendakian no 1
Berehat sebentar sambil menghirup udara segar
Jentera turut landing bersama tuannya
Azmean " bila nak sampai puncak woii.. "
Pak Husin dengan gelagat ironman..hehehe.. tak larat kayuh kita tanggung terus
Abg Salim dengan jenteranya...
Abg Din cemerlang dengan kayuhan kali kedua... terbaik!
Akhirnya dah sampai puncak Bukit Karpet
Abg Din & Abg Salim... dah buleh tulis nama kat pokok.. sampai dah Bukit Karpet
Penat tapi berbaloi...
Kerusi kosong tu reserve utk rakan yg masih belum tawan puncak Bukit Karpet... jom repeat!
Dari Kiri : Azmean, Cikgu Ruzi, Abg Din, Abg Suffian & Abg Salim.
Next time kita terjun mandi sungai... gambar ni dirakam sewaktu downhill
Pengalaman yang masih menjadi kenangan manis buat rakan-rakan kayuhan. Masih menunggu untuk membuat pendakian kedua di Bukit Karpet. Semestinya lokasi terbaik offroad setakat ini dengan tahap kesukaran yang tidak terlalu tinggi. Jarak kayuhan 12KM dengan ketinggian pendakian lebih kurang 400 - 600 meter.
Sedia menunggu panggilan utk kayuhan kedua ke bukit karpet...
ReplyDelete