Aktiviti kayuhan V34 Cycling Team diteruskan dengan kayuhan malam ke Straits Quay. Seperti yang telah dirancang, semua rider akan berkumpul di rumah Cikgu Ruzi jam 8.30 malam. Opie membuat kayuhan solo terus dari Bukit Jambul melalui Bukit Gambir, Green Lane dan terus ke rumah Cikgu Ruzi di Masjid Negeri. Manakala Pak Husin, Jijan dan Ad berkenderaan ke rumah Cikgu Ruzi dengan membawa jentera masing-masing. Kemudian Wan & rakan beliau Din tiba di rumah Cikgu Ruzi dengan membuat kayuhan dari Kuarters GH.
Plan terpaksa diubah sedikit apabila Abg Salim sedikit lewat kerana tugas beliau, maka lokasi bertemu Abg Salim dan rider yang lain diubah ke Balai Polis Central Georgetown. Dengan ditemani Mamu merangkap Marshall kayuhan, Wan, Din, Pak Husin, Opie, Ad, Jijan dan Cikgu Ruzi memulakan kayuhan lebih kurang jam 9.00 malam dari Masjid Negeri ke Balai Polis Central Georgetown. Disitu kami bertemu dengan Abg Salim dan Fizee dan seterusnya memulakan kayuhan ke Straits Quay.
Meet Point di Balai Polis Central Georgetown
Dah sampai : Bergambar Kenangan di Straits Quay
Dari Kiri : Pak Husin, Wan, Din, Ad, Fizee, Opie, Cikgu Ruzi, Abg Salim & Jijan
First time sampai Straits Quay dengan kayuhan berehat sambil tengok Bot Mewah
Time ni dok gelak cerita pasai Jijan mintak tolong depan rumah Cikgu Ruzi
Minum & Makan di kedai makan rakan kayuhan Pak Rahman (9w2PPG)
Masing-masing berpecah dan bersurai dari gerai makan Pak Rahman. Kayuhan tamat jam 12.45 pagi di rumah Cikgu Ruzi. Fizee, Wan dan Din beransur lebih awal manakala Opie meneruskan perjalanan pulang dengan kayuhan solo ke Bukit Jambul. Ad, Jijan & Pak Husin menyimpan jentera masing-masing kedalam kereta dan meneruskan perjalanan pulang kerumah. Kayuhan kali ini mencatat jarak 30KM : Route Masjid Negeri - Georgetown - Bagan Jermal - Straits Quay - Gurney - Padang Kota - Georgetown - Masjid Negeri.
No comments:
Post a Comment