Monday, 28 October 2013

Kayuhan Malam Minggu ~ 21 Sept 2013

Keluarga V34 Cycling Team semakin meriah bila mana ramai rakan-rakan kayuhan yang baru turut serta. Kali ini, Jijan & Lisa yang baru beli basikal "Gergasi" teruja untuk menyertai xtvt nite ride buat pertama kali. Disebabkan kayuhan kali ini merupakan malam minggu dan kayuhan malam yang pertama bagi Jijan & Lisa maka kami memilih route onroad yang santai dan laluan yang kurang kesesakan lalu lintas. Meet point di bulatan Queensbay lebih kurang pukul 9.15 malam, Hafiz, Duan, Opie, Ad, Pak Husin, Lisa tiba dengan kayuhan dari kediaman masing-masing. Kemudian Cikgu Ruzi & Yusrizam yang membawa jentera masing-masing dalam kereta kemudiannya pon sampai.

Nak dijadikan cerita pada malam tersebut, Lisa ada mengajak seorang rakannya (Scha) untuk turut sama dalam kayuhan ini. Itupun sebab hubby beliau iaitu Jijan tidak dapat turut serta pada malam itu. Oleh kerana Scha tiada jentera dan kelengkapan kayuhan, maka Cikgu Ruzi meminjamkan helmet dan lisa meminjamkan jentera Jijan kepada Scha. Setelah semuanya siap sedia, kayuhan pon bermula dari bulatan Queensbay menyusuri jalan kawasan kilang ke Batu Maung, seterusnya ke Permatang Damar Laut hingga ke Kg Binjai. Kayuhan diteruskan ke Bayan Lepas, Bayan Baru dan kembali ke bulatan Queensbay. Kami merehatkan diri selepas kayuhan di Restoran Kapitan Queensbay pada jam 12.00 tgh malam dan meneruskan kayuhan pulang lebih kurang pukul 1.30 pagi. Alhamdulillah... kayuhan santai 30KM berjalan lancar bersama rakan-rakan semua. Sampai jumpa lagi di kayuhan yang akan datang.

Kamen rider beraksi : Duan, Ad & Hafiz - Bulatan Queensbay sebelum kayuhan bermula.

Menunggu Cikgu Ruzi & yusrizam yang masih belum sampai ke meet point.

Dari Kiri : Scha, Lisa, Ad & Yusrizam - lokasi Caltex Kg Binjai

Aksi kayuhan Lisa

Melepaskan penat di Restoran Kapitan Queensbay





No comments:

Post a Comment