Kali ini kami akan membuat kayuhan malam di Seberang Jaya sebagai menyahut undangan khas dari Abg Din Laywer untuk bersama-sama membuat kayuhan santai dari Taman Sutera Sbrg Jaya. Kami (Pak Husin, Ad, Cikgu Ruzi & Opie) cuba untuk sampai ke rumah Abg Din Lawyer jam 8.30 malam. Tapi dek kerana kesesakan lalulintas diatas Jambatan PP kami sampai lebih kurang pukul 9.00 malam di rumah Abg Din.
Cikgu Ruzi orang pertama yang lepas jem atas jambatan.. tunggu Opie & Ad ditepi jalan
Dengan kemudahan radio memudahkan kami berkomunikasi ketika kesesakan lalu lintas, sekiranya terkeluar dari konvoi. Cikgu Ruzi membantu kami (Ad & Opie) dengan memberikan petunjuk jalan ke rumah Abg Din, sebab kami belum pernah sampai rumah Abg Din.
Abg Din menyambut kami yang baru sampai... mula2 serbu tgk Gergasi Ad dulu
Langkah kanan malam ni, kami dijamu bihun dan teh O di rumah Abg Din.
Kayuhan bermula... sempat lagi snap gambaq kat traffic light permatang pauh
Pak Husin berposing diatas flyover ke Sama Gagah
Time ni dah nak patah balik dah dari Sama Gagah
Mai kita bergambaq dulu...
Gambaq lagi...
Semasa permulaan kayuhan cuaca memang diramalkan akan hujan, tapi Alhamdulillah kayuhan kami malam itu sejuk.. sebab hujan renyai renyai. Semasa kayuhan sampai di Permatang Ara Indah kami membuat keputusan singgah berteduh di rumah seorang sahabat kayuhan (Panjangman) di Sama Gagah. Jadi kami teruskan kayuhan dalam hujan renyai ke sana.
Bergambar dengan Panjangman (yg paling panjang sekali lah) di rumah beliau.. pasai moto tu la dia dah kurang kayuh dah hehehehe...
Setelah berehat lama di rumah rakan kayuhan kami, maka kami pon menyambung kayuhan pulang semula ke rumah Abg Din di Taman Sutera Sbrg Jaya. Bergegas kayuhan kami kerana terasa hujan lebat bakal tiba. Setibanya di rumah Abg Din hujan lebat turun selebat-lebatnya. Dengan tergesa-gesa kami menyimpan jentera masing-masing didalam kereta dan menunggu hujan reda di rumah Abg Din.
Nak balik pon Abg Din jamu ayaq kopi... best!
Bila la hujan ni nak berenti... kami pon sembang tak berenti-renti haihh...
Jam 12.45 pagi hujan masih lebat, kami mengambil keputusan untuk terus pulang. Meredah hujan lebat untuk masuk kereta bukan lah berat sangat. Tapi terima kasih Abg Din yang tolong payung kami sorang-sorang. Kena balik juga sebab esok pakat kerja. Secara keseluruhanya kayuhan malam tu memang terbaik, layanan Abg Din pon 5 bintang wooo... Jangan serik ajak kami kayuh lagi Abg Din. Terima Kasih 73.
Route Kayuhan 30KM : Taman Sutera - Kg Masjid Timah - Permatang Pauh - Permatang Ara Indah - Sg Dua - Permatang Ara Indah - Permatang Pauh - Sama Gagah - Taman Pauh Indah - Kg Masjid Timah - Taman Sutera