Monday, 6 January 2014

Kayuhan Malam Penghujung 2013 ~ 29 Dec 2013

Assalamualaikum dan selamat datang pengunjung blog V34. Bersambung ceritera kayuhan rakan-rakan V34 di tahun 2014. Kalli ini penulis meng'update' kayuhan terakhir pada 29 December 2013, iaitu kayuhan malam onroad dari Sg Ara - Bukit Relau - Bukit Jambul - Bukit Gambir - Queensbay - P Damar Laut - B Lepas - Sg Ara.

Kayuhan santai sejauh 38KM ini disertai oleh penulis, Abg Din, Ad, Lisa, Jijan & rakan kayuhan yang baru Sahar. Penulis memulakan kayuhan dari base station di BJ jam 8.10 malam dan menunggu Ad, Sahar, Abg Din di Stesen Minyak Petronas Relau jam 8.30 malam. Kami semua bertemu dan berkumpul di Petronas Relau jam 8.30 - 8.45 malam. Lisa & Jijan sedikit lewat kerana ada hal yang terpaksa diuruskan sebelum itu jadi kami bercadang untuk bertemu di simpang jalan Surau Bukit Jambul.

Seterusnya, kami mengatur kayuhan melalui Bukit Relau dan memintas kanan ke Bukit Jambul. Disini kami bermula agak perlahan kerana diawal kayuhan mendaki di Bukit Relau, rakan kayuhan baru kami iaitu Sahar menghadapi kesukaran mendaki dan akhirnya menolak jentera seketika. Berhenti sekejap dan mengatur semula nafas kami sama-sama meneruskan kayuhan mendaki Bukit Relau dan Bukit Jambul sampai ke puncak dan terus saja menuruni hingga ke kaki Bukit Jambul dan membelok ke kiri jalan ke Bukit Gambir. Di Simpang inilah kami akan bertemu dengan Lisa dan Jijan setelah berpatah balik dari Bukit Gambir. Sahar memutuskan akan turut menunggu kami disitu.

Jadi penulis, Ad & Abg Din meneruskan kayuhan mendaki ke Bukit Gambir dan berpatah balik setelah sampai di bawah kaki Bukit Gambir. Hanya rehat sekejap, kami mendaki semula Bukit Gambir dan bertemu semula Sahar di Simpang jalan Surau Bukit Jambul. Kelibat Lisa & Jijan masih tidak kelihatan, kami meneruskan kayuhan hingga sampai ke I-Avenue Bukit Jambul dan berhenti disitu. Penulis menghubungi Jijan untuk memastikan lokasi dan menunggu hingga mereka tiba.

Setibanya Lisa & Jijan, kami berenam meneruskan kayuhan ke Queensbay melalui jalan Pantai Jerejak dan terus saja ke susur masuk Jambatan P Pinang kedua berhadapan Kilang Minicircuit.

Bergambar di susur masuk Jambatan kedua PP

Penulis dan rakan-rakan kayuhan seterusnya masuk ke susur masuk Jambatan kedua PP setelah melepasi halangan kon batu yang diletakkan bagi menghalang kenderaan masuk kerana Jambatan kedua PP masih belum dibuka dan masih dalam proses terakhir untuk siap dan dibuka kepada orang ramai. Kami masing-masing teruja dengan kayuhan diatas Jambatan Kedua PP ini. Angin monsun timur laut yang bertiup agak kuat dari atas Jambatan kedua PP ini. Kayuhan kami terhenti di sekatan kon batu lebih kurang 1 Kilometer dikedua-dua arah atas Jambatan dan disitu kelihatan ramai kaki pancing yang mengambil peluang melabuhkan joran mereka.

Posing panca sitara atas Jambatan Kedua PP

Terang benderang atas Jambatan Kedua PP


Setelah berbagai posing kami bergambar kenangan diatas jambatan, kayuhan diteruskan dengan berpatah balik ke Batu Maung - Permatang Damar Laut - Bayan Lepas dan akhir sekali di Sg Ara. Kami berehat dan minum di Restoran Dinas sebelum masing-masing pulang ke base station masing-masing.

Tamat kayuhan di Sg Ara. Kami minum dan berborak sebelum pulang.


Laluan Kayuhan nampak macam ikan pari



No comments:

Post a Comment