Rakan kayuhan V34CT iaitu Sham menjadi salah seorang urusetia program tersebut, beliau yang bertanggungjawab menghebah dan membantu sewaktu pendaftaran untuk V34 Cycling Team. Wakil dari V34CT yang mendaftar untuk kayuhan Jelajah Nibung Tebal 2014 hanya 10 orang iaitu, Penulis, Ad, Fahmi aka Pak Husin, Jijan & Lisa, Sahar & Siti, Wan, Zam ZTB dan Anuar Che Saad.
Tiba hari Ahad 26 Jan 2014, Wan, Anuar dan Zam ZTB tidak dapat hadir atas sebab urusan kerja masing-masing. Jadi kami bertujuh meneruskan plan untuk berkumpul di kawasan Rehat dan Rawat Juru pada jam 6.00 pagi. Setibanya disana kami bersolat subuh di surau dan bersarapan dahulu. Penulis juga sempat mengisi minyak kereta di Stesen Minyak Shell sebelum kami sama-sama berkonvoi ke Dewan PERDA Sg Acheh Nibong Tebal yang terletak lebih kurang 26KM mengikut lebuh raya utara selatan.
Konvoi 4 MPV ( 3 Livina & 1 Citra) bergerak dari R&R jam 7.00 pagi dan sampai di lokasi program jam 7.30 pagi. Setibanya dia kawasan letak kereta Dewan PERDA Sg Acheh Nibung Tebal, kami lihat ramai peserta lain juga telah sampai disitu. Rata-rata rider yang kami lihat sedang sibuk menyiapkan jentera masing-masing. Kami turut melakukan yang sama, memandangkan kayuhan mula akan dilepaskan pada jam 8.00 pagi.
Penulis yang telah selesai dengan persiapan jenteranya terlebih dahulu mendapatkan Sham dari bahagian pendaftaran untuk mengambil nombor pendaftaran dan goodies bag yang diberikan untuk setiap peserta. Selesai dengan mengikat nombor pendaftaran pada basikal masing-masing kami bergerak ke kawasan lepas mula dibahagian hadapan Dewan PERDA Sg Acheh Nibung Tebal. dan berkumpul dengan para peserta yang lain.
Jijan sibuk menyiapkan basikal beliau dan mengikat no daftar
Sahar, Ad, Pak Husin & Penulis berkumpul di kawasan lepas mula
Setelah semua peserta berkumpul di kawasan lepas mula, kami mendengar ucapan dan taklimat pendek dari penganjur. Selepas bacaan doa, semua peserta dilepaskan untuk memulakan kayuhan. Penulis dan rakan-rakan V34CT berada di kelompok tengah para peserta kayuhan yang lain. Kami cuba menjarakkan diri dari kelompok hadapan kerana laluan kayuhan tiba-tiba menjadi sempit apabila memasuki laluan kawasan bendang.
Penulis dan rakan-rakan kayuhan V34CT sedia maklum jarak kayuhan kali ini 30KM seperti yang dimaklumkan oleh penganjur. Laluan kayuhan membawa kami melalui laluan sawah bendang, ladang kelapa sawit, kawasan kolam udang dan kawasan kampung sekitar Nibung Tebal.
Lisa & Jijan
Siti & Sahar
Pak Husin
Kayuhan santai pada 4KM pertama yang melalui kawasan sawah bendang kami V34CT masih dalam satu kumpulan. Bila mana kami sedar yang kelompok peserta belakang mula memintas dan kelompok peserta hadapan telah hilang dari pandangan maka kami mula melajukan kayuhan. Disaat penulis melihat meter cateye mencatat 8KM kayuhan, V34CT telah terpecah dari kumpulan.
Penulis dan Ad telah berjaya mengejar kelompok hadapan apabila tiba dikawasan kayuhan berdekatan kolam udang. Sepanjang 3KM lebih rasanya kami terpaksa melalui tanah berbatu dan berdebu. Ketika ini, penulis tersedar yang kayuhan kali ini memerlukan cermin mata bagi melindungi mata dari debu dan habuk yang beterbangan dari arah hadapan. Beberapa kali juga, penulis menggosok mata kerana debu yang memasuki mata ketika kayuhan. Jalan sekitar kolam udang juga memaksa semua peserta lebih fokus dan berhati-hati kerana keadaan jalan yang berlubang tambahan pula disebelah kirinya ada kolam udang. Takut-takut peserta yang cuba mengelak lubang boleh terjun kedalam kolam udang. Penulis cuba menjarakkan kayuhan dari peserta kelompok hadapan dan mula memperlahankan kayuhan. Ketika itu penulis lihat Ad terus memintas dan berada dihadapan bersama-sama kelompok paling hadapan.
Gambar dari lensa offcial Photog (shamwalker) : Ad beraksi dgn jenteranya
Penulis dan para peserta yang lain
Lebih kurang 1KM untuk sampai ke checkpoint pertama (15KM), terjadinya insiden yang tidak diingini. Lepas sahaja dari laluan tanah berbatu di kolam udang, laluan bersambung kembali kepada kawasan jalan kampung yang berturap. Jalan yang berturap itu terdapat bonggol yang agak sederhana tinggi. Penulis agak jalan disitu diletakkan bonggol supaya motosikal-motosikal tidak dipandu laju, memandangkan itu adalah kawasan kampung. Ketika kelompok peserta kayuhan paling hadapan melewati kawasan tersebut, mereka telah membuat brek mengejut ketika sampai dikawasan bonggol tersebut dan telah mengakibatkan salah seorang peserta dalam kelompok tersebut telah terjatuh dan tercampak kehadapan.
Kejadian itu berlaku betul-betul dihadapan Ad, penulis yang mengikut dari belakang hanya sedar apabila peserta yang lain mengisyaratkan supaya berhenti. Melihat Ad yang sedang memapah peserta tersebut ketepi, penulis turut berhenti membantu dan menghubungi urusetia program dan memaklumkan kejadian. Marshall program segera tiba dilokasi dan membawa peserta yang cedera teruk dibahagian mulut ke kawasan Checkpoint pertama dan memberikan rawatan kecemasan. Ad, penulis dan rakan peserta lain yang membantu meneruskan kayuhan ke checkpoint pertama tidak lama selepas itu.
Lebih kurang jam 9.30 pagi semua peserta tiba di checkpoint yang pertama. Disitu kami diberikan air oleh urusetia program dan berehat lebih kurang 20 minit. Penulis dan rakan-rakan V34CT berkumpul semula dan sempat bergambar.
Credit to Official Photog (Shamwalker) : wakil V34CT dlm JNT 2014
Ad & Jijan bergambar dengan Shamwalker di checkpoint pertama
V34CT bergambar kenangan dengan peserta yang lain
Kayuhan seterusnya bersambung dengan baki 15KM untuk sampai ke garisan penamat. Penulis dan Ad mengikut rapat kelompok hadapan. Laluan kayuhan bersambung ke kawasan sawah bendang dan kawasan jalan kampung.
Pada 3KM terakhir kayuhan kelompok hadapan terus meninggalkan kelompok tengah dan kelompok yang terbelakang. Marshall yang membawa peserta turut meminta kelompok hadapan untuk terus memecut ke garisan penamat. Jam 11.00 pagi kelompok hadapan sampai kegarisan penamat dan terus saja ke bahagian makanan.
Nasi Ayam menunggu peserta yang menyudahkan kayuhan (Sahar tgh layan syahdu)
Anggaran penulis, jam 11.30 pagi semua peserta telah sampai ke garisan penamat. Selesai makan penulis dan rakan-rakan V34CT menyimpan kembali jentera didalam kenderaan dan bergerak ke dalam Dewan bagi menunggu acara cabutan bertuah. Kami sempat mendengar ucapan dari penganjur dan serahan hadiah untuk peraduan mewarna bagi kanak-kanak sekolah tadika yang dijemput memeriahkan program hari itu. Kemudian acara yang ditunggu-tunggu semua peserta kayuhan iaitu cabutan bertuah. Hadiah yang dilihat berupa hamper dan hadiah utama adalah sebuah TV LED 29 inci. Ditakdirkan kali ini tiada seorang wakil dari V34CT yang membawa mana-mana hadiah cabutan bertuah. Kami lantas mengangkat punggung dan beredar.
Sebelum pulang berkonvoi, Penulis, Jijan & Lisa, Pak Husin & Ad bercadang untuk menikmati makan tengah hari di Kari Corner yang berdekatan. Sahar dan Siti terus saja pulang ketika kami berhenti makan di Kari Corner. Setelah selesai mengalas perut dengan kari ikan semilang kami terus saja pulang kerumah masing-masing. Pengalaman kayuhan ditepi bendang dan kawasan kampung di Nibung Tebal akan menjadi bualan kami sepanjang minggu ini. Moga bertemu lagi dikayuhan akan datang. Syabas V34CT..!
Untuk gambar-gambar menarik sila layari link dibawah :
No comments:
Post a Comment