Seperti perbincangan dalam whatapps group rakan-rakan V34 bersetuju untuk berkumpul di Restoran Dinas Sg Ara seawal 6.40 pagi. Maka bertemulah kami berlima di situ, dimana hanya Abg Din yang membawa jentera dengan kereta manakala yang lain-lain membuat kayuhan dari rumah masing-masing. Fahmi HUL sempat bersarapan nasik lemak manakala Ad dan Abg Din cuma minum sebelum kami semua memulakan kayuhan dari Restoran Dinas Sg Ara.
Sarapan dah sudah.. siap untuk memulakan kayuhan...
Route kayuhan pusing pulau kali ini adalah berlawanan dari kayuhan pusing pulau sebelum ini. Kami berharap penghujung kayuhan kami diteduhi bukit Teluk Bahang dan bukit Balik Pulau. Oleh itu kami memilih untuk bermula di Sg Ara dan terus ke Bayan Lepas - Batu Maung. Kemudian kami akan menyambung kayuhan menggunakan Jelutong Coastal Highway ke Jetty - Padang Kota. Permulaan kayuhan kami bermula agak baik dan lancar kerana kurang kenderaan awal pagi dihari minggu. Menyusuri jalan di Batu Maung kami ada berjumpa ramai rider yang membuat kayuhan dari arah bertentangan. Agak kami mungkin group rider biasa yang membuat weekend ride seperti kami. Kami berbalas senyuman dan teguran dengan lambaian tangan dengan rider yang sempat kami jumpa sepanjang kayuhan kami.
Kayuhan kami terhenti di bulatan Padang Kota (dihadapan bagunan imigresen) dan disitu Polis Trafik dan marshall dilihat menutup jalan dan mengawal lalulintas kelaluan alternatif. Rupa-rupanya ada Program Kayuhan atau Pertandingan Berbasikal anjuran Pesta Pulau Pinang. Kami diarahkan mengikut jalan sehala ke jalan belakang bagunan imigresen dimana disitu kami bertemu rakan-rakan kayuhan dari group lain. Ramai yang hadir untuk melihat, memberikan sokongan pada yang menyertai pertandingan tersebut. Hari itu juga kami dapati jalan-jalan sekitar Georgetown ditutup khusus untuk acara berbasikal bersama keluarga atau lebih dikenali dengan acara "Penang Car Free Day". Tak hairanlah kami bila mana melihat ramai pengunjung dan pelancong asing yang menyewa basikal di kawasan Jetty sebelum kami sampai disitu. Rupanya, aktiviti ini mendapat sambutan dan tarikan dari semua kaum dan pelbagai peringkat umur. Ini membuatkan kami tertarik untuk membawa keluarga menyertai acara sebegini.
Bergambar di hadapan event "Penang Car Free Day"
Ad sempat merakam aksi pelumba di Padang Kota
Meriah betul pagi tu... kami pon tak tau ada event race ni...
Kami sedikit terleka dengan acara berbasikal dan pertandingan berbasikal di Padang Kota. Rasanya cukup lama kami disitu melihat dan bergambar aksi pelumba-pelumba yang semuanya menggunakan Roadbike, maka kami meneruskan kayuhan ke Jalan Kelawai menuju Tanjong Tokong dan seterusnya ke Batu Feringgi.
Kami berhenti di Petronas Batu Feringgi untuk rest and reload. Memandangkan McD bersebelahan dengan Petronas maka kami melabuhkan punggung seketika disitu. Abg Pian dan Fahmi HUL masuk dan order breakfast set McD manakala penulis, Abg Din dan Ad hanya refill minirel water dan kunyah chocolate bar atau roti yang dibawa.
Kita rest dan reload tenaga balik...
Lima rider dengan bergambar di McD Batu Feringgi.
Lebih kurang 25 minit berhenti disitu, maka kami teruskan kayuhan mendaki dari Batu Feringgi ke Teluk Bahang. Keadaan jalan yang sibuk dengan kenderaan membuatkan kami berhati-hati kerana jalan disitu berliku-liku. Sampai saja di pekan Teluk Bahang kami berhenti bergambar di hadapan ESCAPE Park, dimana terdapat landmark yang tertulis "ADVENTURE".
Gambar lawa... tapi ada pakcik sorang tu enterframe la plak heheheh
Kayuhan diteruskan mendaki jalan ke Empangan Teluk Bahang. Sesampainya di atas kami berhenti dan berehat sekejap. Meter Cateye penulis ketika ini mencatat 55KM, rasanya baru separuh kayuhan pusing pulau. Kaki sudah berasa sengal dan tenaga pon sudah tinggal sedikit ketika ini dirasakan. Amat berbeza sekali tahap kesukaran laluan kayuhan pusing pulau kali ini berbanding dahulu.
Dah sampai Empangan Teluk Bahang..
Cuaca dah panas.. tenaga dah kurang plak... rest dulu
Semangat untuk menyempurnakan kayuhan tetap kental. Kami teruskan kayuhan mendaki hingga ke Sg Pinang. Pendakian demi pendakian kami redah. Yang masih bertenaga membuat kayuhan dah tentu Abg Pian diikuti dengan Abg Din dan Ad. Penulis dan Fahmi HUL mengikut dari belakang dengan kayuhan perlahan. Akhirnya sampai juga kami di puncak bukit Teluk Bahang dan menuruni bukit hingga ke Titi Kerawang. Disitu kami berehat lagi sebelum meneruskan kayuhan ke Sg Pinang Balik Pulau.
Gaya mau lebih.. padahal tenaga dah sampai penghujung dah ni..
Letih woo... ada lebih kurang 30KM lagi nak complete satu pusingan
Menuruni bukit Teluk Bahang ke Sg Pinang tidak sukar. Kami hanya bermain braking dan merehatkan kaki seketika. Sampai dikaki bukit kami teruskan kayuhan melalui jalan Air Putih ke Jalan Baru terus hingga ke Pekan Simpang Empat. Abg Pian sempat menyapa kami semua dan memberitahu kami beliau terpaksa berpecah dari group kayuhan untuk cepat sampai kerumah. Lebih kurang 20 minit kayuhan, kelibat Abg Pian sudah tidak kelihatan dihadapan. Mungkin sudah tiba dipuncak Bukit Genting atau sudah turun ke Teluk Kumbar kami sendiri tak pasti. Yang pasti kami masih lagi kepenatan dan botol air masing-masing pon sudah kosong sejak mendaki Bukit Genting dari Simpang Empat. Dengan cuaca panas, mental dan fizikal kami benar-benar teruji kali ini. Penulis dan Fahmi HUL yang semakin tertinggal dibelakang ketika mendaki Bukit Genting. Kami berdua gagahi jua kayuhan setelah berehat seketika dikawasan teduh. Dipuncak kami di tunggu oleh Abg Din dan Ad di bawah pondok penjual durian yang kosong. Masing-masing terlalupenat hingga lupa untuk mengambil gambar dipuncak bukit Genting sepertimana kebiasaanya.
Dengan perlahan kami berempat menuruni bukit Genting hingga sampai ke Teluk Kumbar dan bersambung kayuhan ke Sg Batu. Di Sg Batu hanya terdapat pendakian bukit yang pendek dalam jarak 200 meter, pon begitu terasa juga berat kaki untuk meneruskan kayuhan dan dengan perlahan kami redahi juga. Jam menunjukan pukul 2.45 ptg di Restoran Dinas Sg Ara ketika kami sudahi satu pusingan. Penulis meneruskan kayuhan ke rumah di Bukit Jambul, manakala Ad dan Fahmi HUL kembali ke Desa Bayan dan Abg Din berkereta membawa jentera pulang ke Seberang Jaya. Matlamat untuk membuat kayuhan lengkap pusing pulau tercapai. Syabas rakan-rakan V3... sampai jumpa lagi dikayuhan akan datang. Cerio... 73....
90KM kayuhan yang mencabar... V34 BOLEH!!