Tuesday, 17 December 2013

V34 Round Island ~ 28 Nov 2013

Setelah berjaya dengan kayuhan bukit baru dan bukit lama Balik Pulau, semakin tinggi konfiden level penulis dan rakan-rakan V34 yang lain untuk membuat kayuhan pusing pulau. Dengan sedikit pengalaman penulis yang baru sekali pernah membuat kayuhan pusing pulau, maka diatur acara kayuhan ini pada hari khamis 28 Nov 2013. Dek kerana kayuhan tersebut hari biasa dan bukannya pada hari hujung minggu jadi penyertaan terhad pada rakan-rakan V34 yang lain untuk turut serta.

Jam 7.00 pagi, penulis, Jijan dan Ad berjanji untuk berkumpul di hadapan 7-11 Desa Bayan Sg Ara. Kami bertiga memulakan kayuhan ke Bayan Lepas dan seterusnya ke Sg Batu - Teluk Kumbar.  Sepanjang kayuhan dari Sg. Ara ke Teluk Kumbar kami terpaksa berhati-hati kerana waktu sibuk orang ramai keluar ke tempat kerja. Paling diawasi Bas serta motosikal yang rata-rata memenuhi ruang tepi jalan raya seperti kami.

Sampai di Puspakom Teluk Kumbar kami berhenti sekejap bagi mengatur nafas sebelum memulakan pendakian ke Bukit Genting Balik Pulau. Pendakian pagi itu bermula cemerlang, kami berjaya sampai di puncak Bukit Genting dalam masa 20 minit. Sampai diatas kami bergambar dulu sebagai kenangan.



Jijan tolong amik gambar...  "jauh lagi nak round island ni.."


Kami cuba untuk tidak berhenti terlalu lama dipuncak Bukit Genting sebab kami sedar kami baru dipermulaan kayuhan untuk pusing pulau. Meter pon baru mencatat lebih kurang 14KM dari starting point. Jadi kami terus saja teruskan kayuhan menuruni Bukit Genting dan terus sampai ke Pekan Simpang Empat. Melihat kawasan bendang dihadapan Sekolah Seri Balik Pulau, membuatkan kami teruja untuk bergambar sebelum meneruskan kayuhan.

Inilah hasilnya sentuhan GoPro dari Ad..

Ini gaya mutu keunggulan V34 hehhehee...


Dah puas menjamu mata dan bergambar disawah bendang di Pekan Simpang Empat kami terus saja membelok ke kanan menyusuri Jalan Baru ke Air Putih hingga sampai ke Sungai Pinang Balik Pulau. Disini, kami berhenti sebagai checkpoint yang pertama untuk rest & reload.


Berhenti di sebuah Gerai Makan di Sg Pinang.. order minum saja.. Teh O. Makan macam biasa power bar atau roti yang dibawa masing-masing.


Setakat 15 minit RnR di Sungai Pinang kami meneruskan kayuhan mendaki bukit yang sangat mencabar hingga sampai ke Titi Kerawang. Jalan Sg Pinang ke Telok Bahang ini sangat kurang digunakan oleh pengguna jalan raya tambahan pula awal pagi. Jadi kami berasa agak selamat untuk membuat kayuhan mendaki secara slow and steady. Kayuhan mendaki dari Sg Pinang ke Telok Bahang itu, kami ada berselisih dengan rider lain yang membuat kayuhan dari arah yang bertentangan. Ini membuatkan kami berasa bersemangat untuk cepat sampai ke checkpoint seterusnya.

Dah sampai Titi Kerawang...

Jam menunjukan 9.30 pagi ketika kami sampai di Titi Kerawang. Disini kami cuma berhenti lebih kurang 10 minit sebelum meneruskan pendakian untuk sampai ke Teluk Bahang. Jalan yang berliku serta pendakian pendek dari Titi Kerawang tidaklah begitu sukar untuk sampai ke Teluk Bahang. Cuma ketika itu kami perlu berhati-hati apa bila ada kenderaan yang mengekori dari arah belakang. Sesampainya di puncak dimana papan tanda menunjukan Teluk Bahang 12KM kami hanya perlu menuruni bukit untuk sampai ke Empangan Teluk Bahang. Dengan jayanya kami sampai di Empangan Teluk Bahang dan berhenti untuk berehat dan bergambar.

Jangan tak caya... dah separuh kayuhan pusing pulau..


Melihatkan cuaca elok dan matahari semakin meninggi, kami terus saja menyambung kayuhan dari Teluk Bahang ke Batu Feringgi. Kami sempat berhenti seketika di Batu Feringgi untk bergambar di hadapan HardRock Hotel.

Yeahh  Yeahh! hehehe sempat lagi berposing tu..


Kayuhan dari Batu Feringgi menemukan kami dengan Persiaran Gurney. Kami bertiga berhenti rehat di Restoran Khaleel Gurney. Kami berhenti dalam 30 minit kali ini untuk rest and reload. Order minirel water, belasah pisang atas meja dan melahap power bar berupa chocolate bar disitu.

Refill air minirel dalam botol.. pisang siap tapau lagi huhuhu...


Dah ready, kami keluar dari Restorant Khaleel Gurney dan meneruskan kayuhan ke Padang Kota. Jam menunjukan 11.30 pagi dan terasa bahang panas semakin terik kami bergambar sekejap di Padang Kota.

Terbaik punya aksi... credit to inchik Ad dengan skill GoPro  @ Padang Kota


Dari Padang Kota kami terus saja kayuhan dengan sisa tenaga yang masih tersisa. Menyusuri Jelutong Express Highway kami terus sampai ke Queensbay dan tidak berhenti kayuhan ke Bukit Jambul. Disini penulis terus saja pulang ke base station di Bukit Jambul manakala Jijan dan Ad meneruskan kayuhan ke Sg Ara. Tamat kayuhan Round Island dengan masing-masing mencatat lebih kurang 77KM dari starting point. Sampai berjumpa lagi dikayuhan akan datang... crio.. 73.













No comments:

Post a Comment