Sunday, 23 March 2014

56th Merdeka Ride ~ Kayuhan JK2PP

Assalamualaikum... salam sejahtera buat pengunjung setia blog V34CT. Setelah berehat lebih kurang 3 minggu dari aktiviti kayuhan, kini rakan kayuhan V34CT kembali dengan kayuhan santai dalam event anjuran Bicycletown iaitu 56th Merdeka Ride.

Event kayuhan di Jambatan Ke-2 Pulau Pinang yang sekian lama ditunda ini akhirnya diumumkan pada 16 Mac 2014. Ketika diumumkan oleh pihak Bicycletown, cuma ada 1 minggu lagi sehingga tiba tarikh tersebut. Rata-rata rakan kayuhan V34CT kurang persediaan kerana masing-masing bercuti dari aktiviti kayuhan lebih kurang 3 minggu sebelum itu.

Bagi penulis dan beberapa orang rakan V34CT pula terpaksa mengharung 2 event berturut-turut kerana pengumuman mengejut itu. Pada 15 Mac 2014 penulis, Izhar, Sahar dan Fisol akan menyertai event Mini Jamboree Balik Pulau dan keesokan harinya akan menyertai kayuhan JK2PP. Kami yang menyertai event Mini Jamboree Balik Pulau tawakal dan cuba yang terbaik untuk tidak kepenatan atau cedera yang boleh menghalang kami menyertai event kayuhan JK2PP ini nanti.

Tiba hari yang ditunggu-tunggu iaitu pada 16 Mac 2014 (Ahad), Pak Husin & Ad telah siap seawal 5.30 pagi dan menunggu penulis tiba untuk menumpangkan Pak Husin bersama jentera Giant XTC beliau. Dari Flat Desa Bayan penulis bersama Pak Husin dan Ad memulakan konvoi ke RnR Juru yang mana kami akan bertemu dengan Cikgu Ruzi dan Abg Din disitu. Lebih kurang jam 6.10 pagi kami sampai di RnR Juru kelihatan ramai rider lengkap jersey event kayuhan JK2PP telah tiba lebih awal disitu. Abang Din yang menumpang Cikgu Ruzi dari rumahnya di Seberang Jaya masih belum tiba disitu. Penulis, Ad dan Pak Husin mengambil keputusan untuk solat subuh dulu disurau. Selesai solat penulis dan Pak Husin terus ke Stesen Minyak Shell untuk mengisi minyak sambil membeli roti dan air sebagai bekalan kayuhan hari itu. Manakala Ad yang sudah siap sedia lebih awal cuma menunggu didalam kereta beliau di laluan keluar RnR.

Tak lama kemudian Cikgu Ruzi dan Abg Din tiba bila kedengaran panggilan dari radio Pak Husin. Tanpa melengahkan masa kami terus saja memulakan konvoi dari RnR Juru ke Stadium Batu Kawan. Ketika keluar dari RnR Juru dan memasuki laluan lebuhraya sebelum sampai ke Plaza Tol Juru kami lihat kesesakan telah pon bermula. Memilih lorong yang paling kanan untuk pengguna smartag atau touch n go sedikit melegakan kerana walaupun kenderaan sesak tapi masih bergerak melepasi plaza tol. Lepas saja dari Plaza Tol Juru kami dapati laluan atau susur keluar ke Batu Kawan sesak dengan kenderaan yang membawa basikal. Sempat juga kami lihat sebuah motosikal dengan pembocengnya menggalas basikal perlahan-lahan melepasi kederaan kami yang sedang bersesak-sesak untuk lepas Plaza Tol Batu Kawan. Kesesakan berlaku adalah disebabkan lorong yang sepatutnya dilalui oleh 2 kenderaan berhimpit-himpit menjadi 3 laluan. Ketika itu rakan kayuhan V34CT, Sahar yang sedikit terlewat menghubungi kami dan bertanyakan keadaan lalulintas. Beliau mengambil keputusan untuk menggunakan jalan luar dari Juru ke Stadium untuk menggelak kesesakan. Kami yang sudah terjebak dengan kesesakan di susur keluar Plaza Tol Batu Kawan meneruskan perjalanan yang agak perlahan dengan sabar.

Lepas saja dari lampu isyarat yang dijaga Polis Trafik yang mengawal lalu lintas ke Stadium Batu Kawan, keadaan lalu lintas menjadi sedikit lancar. Lebih kurang jam 7.15 pagi kami tiba di tapak parking Stadium Batu Kawan. Kami memilih untuk mencari parking yang terdekat dengan khemah penganjur yang nampak kosong kerana ramai rider yang memilih untuk meletakan kenderaan mereka diluar kawasan Stadium Batu Kawan.

Tanpa membuang masa, penulis dan rakan-rakan V34CT menyalin pakaian dan menyiapkan jentera masing-masing. Siap dengan jersey event dan tag yang perlu kami pakai terus saja kami memulakan kayuhan ke tempat Flag Off.

Penulis dan rakan-rakan V34CT sampai di tapak letak kereta di Stadium Batu Kawan

Rider lain pon dah siap sedia


Ramai sungguh rider pagi itu, kami bersama 8 hingga 9 ribu rider yang bergerak mengikut arahan marshall event ke lokasi flag off di kilometer 4.3 menuju JK2PP. Tepat jam 8.00 pagi semua rider dilepaskan membuat kayuhan ke JK2PP. Perlahan-lahan kami mengikuti kayuhan para rider yang berada dihadapan dan sekali sekala kami memotong rider yang berhenti untuk bergambar.

Berhenti di atas JK2PP menunggu VVIP membuat perasmian di tengah JK2PP

Laluan JK2PP yang akan membawa kami ke Pulau penuh dengan rider yang berjersey event berwarna kuning. Gelagat rider lain mencuit hati kami, ada yang berkayuh dengan basikal lipat, road bike dan paling menarik perhatian rider yang menunggang unicycle. Sememangnya event kali ini menemukan kami dengan ramai rider lain dan secara tidak lansung menambahkan kenalan baru. Tak lupa juga diingatan penulis bila ada rider yang sudah terbaring sebelum kayuhan bermula di atas JK2PP lagi. Jadi penulis dan rakan V34CT beringat-ingat ketika kayuhan dan cuba untuk tidak leka. 

Kayuhan kami terhenti seketika ketika sampai dipermulaan JK2PP, VVIP sedang merasmikan event bahagian tengah JK2PP. Seketika kemudian mereka yang diringi marshall dan Polis Trafik melalui laluan sebelah JK2PP menghala ke Stadium. Kayuhan diteruskan semula bila mendapat isyarat marshall yang menjaga disepanjang laluan motosikal.

V34CT dah mencipta sejarah diatas JK2PP


Penulis, Ad, Pak Husin, Cikgu Ruzi, Abg Din dan Sahar cuba untuk tidak berpecah dalam kayuhan ke tengah JK2PP. Sekali-sekala kami cuba untuk melihat kalau-kalau ada peluang untuk kami memotong rider yang lebih perlahan dihadapan. Lebih kurang 16KM kayuhan dari Stadium ke JK2PP kami lihat sudah ada rider awal yang tiba dibahagian tengah JK2PP berpatah balik ke laluan sebelah menghala ke Stadium Batu Kawan. 

Sampai di bahagian tengah JK2PP, hampir kesemua rider bersorak dengan banner "Malaysian Book of Records" serta wartawan media yang setia menunggu merakam aksi kayuhan peserta. Kami juga tidak melepaskan peluang yang ada untuk mengambil gambar beramai-ramai disitu. Sedang kami bergambar kami bertemu dengan rakan kayuhan V34CT yang lain, Izhar & Sham. Puas kami bergambar, terus saja kami menyambung kayuhan berpatah balik ke Stadium Batu Kawan. 

Terbaik V34CT... berlatar belakangkan Pulau Aman

Alhamdulillah.. cuaca yang sangat baik pada hari event tersebut


Kayuhan tamat ketika kami semua sampai semula di tapak parking Stadium Batu Kawan. Meter penulis merekodkan lebih kurang 46KM ketika sampai di kereta semula. Kami menyimpan basikal masing-masing dan menyalin pakaian sebelum terus saja ke tempat urusetia bagi mendapatkan medal event kayuhan.

Medal event yang sepatutnya dapat pada tahun 2013. 
Apa pon syukur dapat dan simpan sebagai koleksi aktiviti kayuhan.


Selesai menuntut medal dari urusetia event, kami terus saja meluru ke khemah makanan dan minuman. Selesai makan dibawah khemah yang berkipas angin, kami ke tapak stage untuk menantikan cabutan bertuah untuk hadiah utama. Kali ini tiada akan V34CT yang bertuah memenangi apa-apa hadiah. Namun perasaan puas dapat merealisasikan kayuhan di JK2PP sudah cukup buat penulis dan rakan-rakan V34CT. 

Kami seterusnya bersama-sama makan tengah hari di Gerai Makan Bawal Goreng di Taman Pelangi. Cikgu Ruzi, Pak Husin, Ad, Abg Din dan penulis makan penuh berselera. Mungkin kerana kami lapar sebab hanya menjamah sedikit makanan yang disediakan penganjur event kerana nasi mentah. Selesai makan kami bersurai dan terus pulang. 

Terima Kasih daun keladi pada Abg Din yang belanja penulis dan rakan kayuhan V34CT makan tengah hari. 


Untuk melihat gambar-gambar yang lebih menarik event kayuhan JK2PP sila layari :










No comments:

Post a Comment