Thursday, 27 March 2014

Kayuhan Mingguan ~ Offroad to Coconut Farm (Kebun Nyok)

Sabtu minggu lepas (22 Mac 2014) geng V34CT masuk offroad ke kebun nyok atau Kebun Nyiur atau dalam bahasa omputeh kata "Coconut Farm". Pengalaman yang dikongsi oleh Fisol dan Sahar yang pernah menjejakan kaki ke kebun nyok diatas bukit Sg Ara ini menarik perhatian penulis dan rakan-rakan kayuhan V34CT yang lain. Oleh itu, kami merangka plan untuk menawan laluan offroad ke kebun nyok pada pagi Sabtu 22 Mac yang lalu.

Fisol dan Sahar yang tinggal berdekatan laluan masuk ke kebun nyok menyarankan kami agar berkumpul di hadapan Surau Taman Mutiara Perdana Sg Ara pada pukul 7.45 pagi. Oleh itu, penulis seawal 7.00 pagi sudah menggolekkan tayar basikal ke kedai serbaneka 7-11 Desa Bayan untuk bertemu dengan Abang Din yang berkereta dari rumah di Seberang Jaya akan meletakkan kereta beliau disitu pada jam 7.15 pagi. Penulis dan Abg Din bertemu di kedai serbaneka 7-11 seperti yang dijanjikan dan kami sama-sama menunggu Jijan disitu. 15 minit kemudian Jijan sampai dan kami terus memulakan kayuhan ke Surau Al-Mubarak Tmn Mutiara Perdana untuk bertemu dengan Fisol dan Sahar.

Sampai di lampu isyarat dihadapan Pearl Setia Island kami belok ke kanan dan mendaki perlahan untuk sampai ke simpang Jalan Kelicap sebelum belok ke kiri terus ke lokasi Surau Tmn Mutiara Perdana. Semasa mendaki bukit Setia Pearl Island ternampak kelibat Sahar dan Fisol yang keluar dari simpang Jalan Kelicap dan terus mendaki naik bukit Setia Pearl Island. Kami (penulis, Jijan & Abd Din) terus sahaja mengikut mereka hinggalah Sahar dan Fisol kemudian berhenti dan menyatakan mereka cuma memanaskan badan sebelum kayuhan. Kami kemudian berpusing balik dan terus saja ke Surau Tmn Mutiara Perdana dan Izhar sudah pon menunggu disitu.

Landmark Setia Peral Island : Abg Din & Jijan


Geng V34CT : Abg Din & Penulis


Setelah semua sampai dan berkumpul pada masa yang dijanjikan di Surau Tmn Mutiara Perdana. Geng V34CT pon memulakan kayuhan ke Kebun Nyok. Fisol berada dihadapan dan menjadi penunjuk laluan offroad kali ini. Penulis, Abg Din, Izhar dan Jijan yang pertama kali meredah laluan ini hanya mengikut perlahan dari belakang.

Menurut Sahar jarak kayuhan kali ini lebih kurang 4KM sahaja untuk sampai ke puncak dan laluan offroad di 3KM pertama laluan kami perlu mendaki. Dipermulaan kayuhan, penulis dan Abang Din telah pon tersilap langkah. Kelewatan menukar gear membuatkan kayuhan mendaki terhenti. Kami berdua berpatah balik turun kebawah kaki bukit untuk menukar gear dan memulakan kayuhan semula. 

Fisol dan Izhar kelihatan perlahan-lahan semakin jauh mendaki keatas meninggalkan kami. Sementara Jijan dan Sahar yang berada dihadapan penulis dan Abang Din mengayuh perlahan-lahan cuba mengekori Fisol dan Izhar. Laluan dihadapan kelihatan masih mendaki dengan beberapa laluan membelok yang agak curam, ketika ini penulis sudah pon memotong Sahar, Jijan, Abang Din dan Izhar. Kelibat Fisol tidak kelihatan hinggalah penulis sampai di chekpoint pertama di Tokong Cina berdekatan sungai. 

Jijan di laluan mendatar selepas melalui kawasan mendaki

Abang Din masih boleh "peace yoo!"

Sahar dengan aksi last rider

Kami semua berehat sebentar di lokasi Tokong Cina yang berhampiran dengan kawasan sungai. Mengatur semula nafas dan meneguk minuman yang sedia dibawa masing-masing. 

Fisol, Izhar, penulis dan Jijan sampai dulu di check point Tokong Cina

Akhirnya semua dah sampai di check point Tokong Cina 

Lebih kurang 15 minit berehat disitu, kami semua meneruskan kayuhan. Laluan selepas Tokong Cina itu kata Fisol lebih mudah berbanding permulaan kayuhan mendaki tadi yang agak curam. Penulis mengambil tempat dihadapan dan cuba mencari peluang merakamkan gambar laluan dan aksi kayuhan rakan-rakan V34CT.

Laluan ke Kebun Nyok jumpa Kebun Pisang 


Memang layan laluan ke Kebun Nyok ni..  kayuhan redup bawah pokok durian


Kayuhan kami sampai ke kawasan kebun durian dan laluan disitu agak bersih dengan permandangan yang menyegarkan mata. Penulis yang berada dihadapan sampai disatu pondok atau bangsal tauke dusun durian dan berhenti untuk menunggu rakan-rakan kayuhan yang lain tiba. Kelihatan beberapa ekor itik angsa berdekatan pondok tersebut yang mungkin dibela oleh tauke dusun durian tersebut.

Kemudian kedengaran panggilan dari Jijan sebelum melintasi pondok itu dan mengelak sekumpulan itik angsa yang sedang menyudu ganas. Agak kelakar juga penulis lihat aksi Sahar yang memecut laju melepasi pondok dan mengelak dari diserang itik angsa tadi. Setelah seorang demi seorang melepasi pondok dan kumpulan angsa ganas, kami meneruskan baki kayuhan lebih kurang 1KM untuk sampai ke puncak Kebun Nyok yang kelihatan semakin dekat dihadapan.

Penulis melepas pondok dihadapan tanpa serangan ganas itik angsa


Tak lama kayuhan kami dari pondok dusun durian tadi, kami sampai di kawasan yang banyak pokok-pokok nyok yang rendah. Semakin menghampiri laluan yang dikiri kanan ada pokok nyok kami melepasi rider yang yang telah lama sampai disitu dan menuruni puncak Kebun Nyok sambil menyapa kami.

Dengan sisa tenaga yang ada, kami mendaki naik ke puncak Kebun Nyok dan terus menyandarkan basikal dibatang pokok kelapa. Kelihatan dipuncak kebun nyok itu ada rumah sarang burung walit dan seluruh kawasan kebun itu nampak bersih dan dijaga pekerja kebun nyok.

Abg Din & Sahar akhirnya selamat tiba dipuncak Kebun Nyok

Pekerja atau penjaga Kebun Nyok sedang beraksi

Kami berehat sepuasnya dengan minuman tenaga fresh dari puncak kebun nyok " Ayaq Nyok " atau bahasa penulis yang mudah disebut iaitu air kelapa pandan. Kayuhan kali ini rasa lain benar berbanding kayuhan offroad yang pernah kami terjah. Mungkin kerana laluan yang mencabar atau mungkin juga keistimewaan air kelapa yang menanti pengunjungnya disitu. 

Nindiaaa... mai hirup ayaq nyok pandan

Kami menikmati setiap minit waktu rehat dan meninjau permandangan Teluk Kumbar dan kawasan laut dari atas puncak Kebun Nyok. Sebelum kami menuruni puncak Kebun Nyok dan menuju pulang, kami bergambar kenangan dengan buah nyok ditangan.

Aksi cheerss....

Yang ni plak aksi selamba... bukan aksi bomoh buah nyok hehehe..


Kami sempat bertegur sapa dengan sekumpulan rider yang baru sampai ke puncak Kebun Nyok sebelum turun. Kayuhan turun sedikit terbantut apa bila jentera penulis mengalami kerosakan. Didapati hub tayar belakang jentera penulis telah rosak. Oleh kerana laluan yang ada dihadapan hanya menuruni bukit maka tiada penulis hanya perlu mengawal brek tanpa kayuhan. Hingga sampai di satu kawasan landai, penulis ditunda oleh Jijan hingga sampai kawasan menuruni bukit semula.

Kami sampai di hadapan Taman Mutiara Perdana jam 10.15 pagi. Izhar, Jijan dan sahar terus saja bersurai dan kembali ke rumah masing-masing. Penulis dan Abg Din mencuci jentera dihadapan rumah Fisol sebelum kami masing-masing bersurai. Fisol menghantar penulis dan basikal penulis yang meragam hari itu dengan keretanya.

Berakhir sudah cerita kayuhan ke Kebun Nyok.  Kami pasti akan kembali lagi disini. Insya Allah. Mulakan kayuhan dengan satu rengkuhan... V34CT.


Untuk gambar yang lebih menarik layari :

https://www.facebook.com/groups/V34CT




















Sunday, 23 March 2014

56th Merdeka Ride ~ Kayuhan JK2PP

Assalamualaikum... salam sejahtera buat pengunjung setia blog V34CT. Setelah berehat lebih kurang 3 minggu dari aktiviti kayuhan, kini rakan kayuhan V34CT kembali dengan kayuhan santai dalam event anjuran Bicycletown iaitu 56th Merdeka Ride.

Event kayuhan di Jambatan Ke-2 Pulau Pinang yang sekian lama ditunda ini akhirnya diumumkan pada 16 Mac 2014. Ketika diumumkan oleh pihak Bicycletown, cuma ada 1 minggu lagi sehingga tiba tarikh tersebut. Rata-rata rakan kayuhan V34CT kurang persediaan kerana masing-masing bercuti dari aktiviti kayuhan lebih kurang 3 minggu sebelum itu.

Bagi penulis dan beberapa orang rakan V34CT pula terpaksa mengharung 2 event berturut-turut kerana pengumuman mengejut itu. Pada 15 Mac 2014 penulis, Izhar, Sahar dan Fisol akan menyertai event Mini Jamboree Balik Pulau dan keesokan harinya akan menyertai kayuhan JK2PP. Kami yang menyertai event Mini Jamboree Balik Pulau tawakal dan cuba yang terbaik untuk tidak kepenatan atau cedera yang boleh menghalang kami menyertai event kayuhan JK2PP ini nanti.

Tiba hari yang ditunggu-tunggu iaitu pada 16 Mac 2014 (Ahad), Pak Husin & Ad telah siap seawal 5.30 pagi dan menunggu penulis tiba untuk menumpangkan Pak Husin bersama jentera Giant XTC beliau. Dari Flat Desa Bayan penulis bersama Pak Husin dan Ad memulakan konvoi ke RnR Juru yang mana kami akan bertemu dengan Cikgu Ruzi dan Abg Din disitu. Lebih kurang jam 6.10 pagi kami sampai di RnR Juru kelihatan ramai rider lengkap jersey event kayuhan JK2PP telah tiba lebih awal disitu. Abang Din yang menumpang Cikgu Ruzi dari rumahnya di Seberang Jaya masih belum tiba disitu. Penulis, Ad dan Pak Husin mengambil keputusan untuk solat subuh dulu disurau. Selesai solat penulis dan Pak Husin terus ke Stesen Minyak Shell untuk mengisi minyak sambil membeli roti dan air sebagai bekalan kayuhan hari itu. Manakala Ad yang sudah siap sedia lebih awal cuma menunggu didalam kereta beliau di laluan keluar RnR.

Tak lama kemudian Cikgu Ruzi dan Abg Din tiba bila kedengaran panggilan dari radio Pak Husin. Tanpa melengahkan masa kami terus saja memulakan konvoi dari RnR Juru ke Stadium Batu Kawan. Ketika keluar dari RnR Juru dan memasuki laluan lebuhraya sebelum sampai ke Plaza Tol Juru kami lihat kesesakan telah pon bermula. Memilih lorong yang paling kanan untuk pengguna smartag atau touch n go sedikit melegakan kerana walaupun kenderaan sesak tapi masih bergerak melepasi plaza tol. Lepas saja dari Plaza Tol Juru kami dapati laluan atau susur keluar ke Batu Kawan sesak dengan kenderaan yang membawa basikal. Sempat juga kami lihat sebuah motosikal dengan pembocengnya menggalas basikal perlahan-lahan melepasi kederaan kami yang sedang bersesak-sesak untuk lepas Plaza Tol Batu Kawan. Kesesakan berlaku adalah disebabkan lorong yang sepatutnya dilalui oleh 2 kenderaan berhimpit-himpit menjadi 3 laluan. Ketika itu rakan kayuhan V34CT, Sahar yang sedikit terlewat menghubungi kami dan bertanyakan keadaan lalulintas. Beliau mengambil keputusan untuk menggunakan jalan luar dari Juru ke Stadium untuk menggelak kesesakan. Kami yang sudah terjebak dengan kesesakan di susur keluar Plaza Tol Batu Kawan meneruskan perjalanan yang agak perlahan dengan sabar.

Lepas saja dari lampu isyarat yang dijaga Polis Trafik yang mengawal lalu lintas ke Stadium Batu Kawan, keadaan lalu lintas menjadi sedikit lancar. Lebih kurang jam 7.15 pagi kami tiba di tapak parking Stadium Batu Kawan. Kami memilih untuk mencari parking yang terdekat dengan khemah penganjur yang nampak kosong kerana ramai rider yang memilih untuk meletakan kenderaan mereka diluar kawasan Stadium Batu Kawan.

Tanpa membuang masa, penulis dan rakan-rakan V34CT menyalin pakaian dan menyiapkan jentera masing-masing. Siap dengan jersey event dan tag yang perlu kami pakai terus saja kami memulakan kayuhan ke tempat Flag Off.

Penulis dan rakan-rakan V34CT sampai di tapak letak kereta di Stadium Batu Kawan

Rider lain pon dah siap sedia


Ramai sungguh rider pagi itu, kami bersama 8 hingga 9 ribu rider yang bergerak mengikut arahan marshall event ke lokasi flag off di kilometer 4.3 menuju JK2PP. Tepat jam 8.00 pagi semua rider dilepaskan membuat kayuhan ke JK2PP. Perlahan-lahan kami mengikuti kayuhan para rider yang berada dihadapan dan sekali sekala kami memotong rider yang berhenti untuk bergambar.

Berhenti di atas JK2PP menunggu VVIP membuat perasmian di tengah JK2PP

Laluan JK2PP yang akan membawa kami ke Pulau penuh dengan rider yang berjersey event berwarna kuning. Gelagat rider lain mencuit hati kami, ada yang berkayuh dengan basikal lipat, road bike dan paling menarik perhatian rider yang menunggang unicycle. Sememangnya event kali ini menemukan kami dengan ramai rider lain dan secara tidak lansung menambahkan kenalan baru. Tak lupa juga diingatan penulis bila ada rider yang sudah terbaring sebelum kayuhan bermula di atas JK2PP lagi. Jadi penulis dan rakan V34CT beringat-ingat ketika kayuhan dan cuba untuk tidak leka. 

Kayuhan kami terhenti seketika ketika sampai dipermulaan JK2PP, VVIP sedang merasmikan event bahagian tengah JK2PP. Seketika kemudian mereka yang diringi marshall dan Polis Trafik melalui laluan sebelah JK2PP menghala ke Stadium. Kayuhan diteruskan semula bila mendapat isyarat marshall yang menjaga disepanjang laluan motosikal.

V34CT dah mencipta sejarah diatas JK2PP


Penulis, Ad, Pak Husin, Cikgu Ruzi, Abg Din dan Sahar cuba untuk tidak berpecah dalam kayuhan ke tengah JK2PP. Sekali-sekala kami cuba untuk melihat kalau-kalau ada peluang untuk kami memotong rider yang lebih perlahan dihadapan. Lebih kurang 16KM kayuhan dari Stadium ke JK2PP kami lihat sudah ada rider awal yang tiba dibahagian tengah JK2PP berpatah balik ke laluan sebelah menghala ke Stadium Batu Kawan. 

Sampai di bahagian tengah JK2PP, hampir kesemua rider bersorak dengan banner "Malaysian Book of Records" serta wartawan media yang setia menunggu merakam aksi kayuhan peserta. Kami juga tidak melepaskan peluang yang ada untuk mengambil gambar beramai-ramai disitu. Sedang kami bergambar kami bertemu dengan rakan kayuhan V34CT yang lain, Izhar & Sham. Puas kami bergambar, terus saja kami menyambung kayuhan berpatah balik ke Stadium Batu Kawan. 

Terbaik V34CT... berlatar belakangkan Pulau Aman

Alhamdulillah.. cuaca yang sangat baik pada hari event tersebut


Kayuhan tamat ketika kami semua sampai semula di tapak parking Stadium Batu Kawan. Meter penulis merekodkan lebih kurang 46KM ketika sampai di kereta semula. Kami menyimpan basikal masing-masing dan menyalin pakaian sebelum terus saja ke tempat urusetia bagi mendapatkan medal event kayuhan.

Medal event yang sepatutnya dapat pada tahun 2013. 
Apa pon syukur dapat dan simpan sebagai koleksi aktiviti kayuhan.


Selesai menuntut medal dari urusetia event, kami terus saja meluru ke khemah makanan dan minuman. Selesai makan dibawah khemah yang berkipas angin, kami ke tapak stage untuk menantikan cabutan bertuah untuk hadiah utama. Kali ini tiada akan V34CT yang bertuah memenangi apa-apa hadiah. Namun perasaan puas dapat merealisasikan kayuhan di JK2PP sudah cukup buat penulis dan rakan-rakan V34CT. 

Kami seterusnya bersama-sama makan tengah hari di Gerai Makan Bawal Goreng di Taman Pelangi. Cikgu Ruzi, Pak Husin, Ad, Abg Din dan penulis makan penuh berselera. Mungkin kerana kami lapar sebab hanya menjamah sedikit makanan yang disediakan penganjur event kerana nasi mentah. Selesai makan kami bersurai dan terus pulang. 

Terima Kasih daun keladi pada Abg Din yang belanja penulis dan rakan kayuhan V34CT makan tengah hari. 


Untuk melihat gambar-gambar yang lebih menarik event kayuhan JK2PP sila layari :










Saturday, 22 March 2014

Majlis Perasmian Jersey V34CT

5 Mar 2014 merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh rakan-rakan kayuhan V34CT. Jersey rasmi V34CT bakal dirasmikan oleh para pemilik yang sudah membuat tempahan awal.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada rakan kayuhan V34CT iaitu Lisa yang memegang tanggungjawab sebagai perunding jersey V34CT dengan vendor yang dipilih iaitu Mr Goh dari I-Sport Wear. Segala perancangan dan rundingan berjalan lancar hingga tarikh yang dijanjikan bagi kami memperolehi jersey idaman kami.

Dan yang amat membanggakan, design jersey V34CT adalah 100% idea dari rakan kayuhan dan hasil sentuhan tangan rakan kayuhan V34CT iaitu Ad yang memang cukup berpengalaman. Maka terhasil jersey V34CT yang akan membawa nama V34CT dimana-mana event dan jamboree nanti.

Malam 5 Mar 2014 di adakan sedikit majlis perasmian jersey V34CT di butik kediaman milik Jijan & Lisa "Butik Romantis" yang terletak di Sunway Tunas Sg Ara. Malam itu, Abang Din (9w2ZZL) membawa sedikit juadah berupa bihun dan kuih muih manakala penulis sempat membungkus teh tarik untuk dibawa ke tempat majlis.

Rakan-rakan V34CT yang sempat hadir malam itu ialah Cikgu Ruzi (9w2BZI), Abg Din (9w2ZZL), Ad (9w2NLA), Wan (9w2GLP), Fahmi aka Pak Husin (9w2HUL), Shahrul (9w2SNM), Mamu (9w2RJP), Sahar dan Siti.

Tuan rumah (Jijan) merasmikan jersey V34CT

Abg Din tidak ketinggalan merasmikan jersey V34CT

Cikgu Ruzi sedang meneliti segala design pada jersey beliau

Wan : Jersey V34CT memang lawa katanya... 

Penulis & jersey V34CT

Shahrul menunjukan jersey V34CT beliau


Bergambar selepas merasmikan jersey masing-masing & menikmati juadah ringan

Sedikit penambahan callsign yang berjaya diujikaji dengan mesin heat press

Maka inilah hasilnya, callsign yang akan ditambah pada jersey rakan kayuhan V34CT

Shahrul merasmikan jersey V34CT secara lengkap setelah kembali ke base station

Azrul pon sempat mengayakan jersey lengkap V34CT malam itu di base station beliau.


Penulis serta semua rakan-rakan kayuhan mengucapkan syukur dengan terhasilnya jersey sulung V34CT. Semoga V34CT semakin aktif dengan aktiviti kayuhan dimasa akan datang. Sampai jumpa lagi dilain coretan blog. Assalamualaikum... 73.