Hasil cadangan dan sembang-sembang untuk kayuhan mingguan antara rakan-rakan V34CT dalam group whatapps telah mencetuskan idea untuk kayuhan ke tanah besar. Ahad, 8-Feb-14 kami merealisasikan idea merentasi laut melalui Jeti Raja Tun Uda ke Butterworth menggunakan perkhidmatan feri.
Penulis yang mempunyai pengalaman kayuhan ke Pekan Penaga sebelum menggalas tugas mengaturkan xtvtx kayuhan kali ini. Seramai 13 orang yang dapat turut serta bagi kayuhan kali ini termasuk penulis. Kami semua akan berkumpul di Jeti Raja Tun Uda seawal 7.15 pagi.
Pada pagi hari kejadian, Fahmi aka Pak Husin (9W2HUL) , Jijan & Lisa yang memulakan kayuhan dari Sg Ara. Sahar juga dari Sg Ara berkereta membawa jentera ke Jeti Raja Tun Uda. Izhar dan Siti Hajar dari Sg Tiram juga berkereta membawa jentera ke Jeti Raja Tun Uda. Manakala penulis (9W2OPI) yang seawal 6.30 pagi memulakan kayuhan dari Bkt Jambul bertemu dengan Shahrul (9W2SNM) yang telah menunggu seawal 7.00 pagi di laluan motosikal Jelutong Expressway.
Penulis dan Shahrul sampai ke Jeti Raja Tun Uda lebih kurang 7.20 pagi dan kelihatan disitu, Sahar, Izhar dan Siti Hajar telah pon berada dilaluan motosikal masuk ke Feri. Kelibat Pak Husin, Jijan dan Lisa masih belum kelihatan menandakan mereka sedikit lewat dan masih dalam perjalanan ke sini.
Jam 7.20 pagi di Jeti Raja Tun Uda P. Pinang. (izhar, jahuri, shahrul & sahar)
Sementara menunggu Pak Husin, Jijan & Lisa sampai, penulis menerima panggilan telefon dari rakan sekerja Nizam (9W2ZTB) yang ingin turut serta kayuhan pagi itu iaitu saudara Jahuri. Setelah memaklumkan lokasi kami, Jahuri yang kami anggap sebagai rakan baru kayuhan dalam V34CT sampai lebih kurang 10 minit kemudian. Tidak lama kemudian, Pak Husin, Jijan & Lisa pula sampai dan kami tidak membuang masa terus saja memasuki laluan motosikal untuk memasuki Feri.
Dah naik Feri... Penulis sedang memaklumkan lokasi kepada
Abg Din, Azerul & Sham di seberang sana.
Jam menunjukan 8.20 pagi ketika Feri berlabuh di Pengkalan Sultan Abdul Halim (Butterworth). Kami terus ke lokasi kawasan letak kereta banggunan Tabung Haji dimana kami sepatutnya berjumpa jam 8.00 pagi. Kerana kami sedikit terlewat, Abg Din (9W2LWZ), Azerul dan Sham bergerak ke Gerai Makan berdekatan CIMB bank Taman Selat untuk minum sambil menunggu kami.
Dah sampai depan banggunan Tabung Haji, tapi Abg Din, Azerul & Sham tiada disitu.
Penulis cuba menghubungi Abg Din bagi mengetahui lokasi terkini.
Berjumpa Azerul, Abg Din & Sham di Kedai Makan berdekatan Taman Selat
Malang tidak berbau, Azerul mengalami kecederaan buku lali ketika menunggu ketibaan kami di Kedai Makan berdekatan Taman Selat. Sham & Abg Din ada ketika kaki beliau terpelecok semasa berjalan ke dalam kedai makan tersebut. Kami yang dimaklumkan oleh Azerul ketika sampai disitu agak terkejut dan pada mulanya kami berasakan Azerul hanya bergurau. Setelah melihat sendiri kesan benjol dibuku lali kaki kanannya, kami menasihatkan Azerul untuk tidak meneruskan kayuhan. Azerul yang agak keberatan untuk pulang bertekad untuk teruskan kayuhan setakat yang beliau rasa mampu.
Kami memulakan kayuhan dari situ dan melalui Lebuhraya Bagan Ajam, ketika itu Abg Salim (9W2SPG) memaklumkan dalam group whatapps yang beliau akan turut serta dan lokasi beliau berada dalam Feri yang baru bergerak menuju ke tanah besar. Kami mengambil keputusan untuk meneruskan kayuhan dan akan menunggu Abg Salim di Pantai Bersih.
Kayuhan melalui highway Bagan Ajam
Azerul yang cedera tetap kayuh.. Abg Din tolong tengok sama Azerul
Abg Salim (jersey biru) sampai di Pantai Bersih tempat kami berhenti dan menunggu beliau.
Kayuhan diteruskan, apabila Abg Salim selamat sampai ke tempat kami berhenti menunggu beliau di Jalan Pantai Bersih. Laluan seterusnya kami akan menyusuri Taman Robina hingga ke Taman Teluk Air Tawar. Kayuhan santai kami akhirnya sampai ke Gerai Roti Canai Pak Aziz bersebelahan Sek Men Keb Teluk Air Tawar. Kami dikecewakan kerana Gerai Roti Canai Pak Aziz tutup pada hari itu. Terus saja kami meneruskan kayuhan ke Pekan Penaga. Sebelum sampai Pekan Penaga kira-kira 10KM dari kawasan Teluk Air Tawar, kami berhenti rehat dan bersarapan di Gerai Pak Tard Roti Canai.
Tak dapat roti canai Pak Aziz, Pak Tard pon jadi lah..
Semua pakat order roti canai
Jahuri, Izhar & Siti pon order roti canai jugak kot
Dalam masa menunggu order dan menikmati sarapan, kami bersembang-sembang akan destinasi kayuhan hari ini. Meneka-neka jarak Pulau Sayak dari Teluk Air Tawar, sudah ada yang memasang angan-angan untuk lajak ke Pulau Sayak. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk hanya berpatah balik setelah sampai ke Pekan Penaga.
Lebih kurang 45 minit kami berhenti bersarapan di Gerai Pak Tard kami teruskan kayuhan ke Pekan Penaga. Sampai ke simpang Pekan Penaga, jalan kelihatan sibuk dengan pasar siang dimana kenderaan perlahan melalui jalan sehala. Kelibat Shahrul, Azerul, Abg Salim, Sham, Jahuri, Jijan, Lisa, Izhar dan Siti Hajar sudah tidak kelihatan ketika melepasi kawasan sibuk Pasar Siang, Pekan Penaga. Pak Husin, Abg Din, Sahar dan penulis membuat pusing balik dan berhenti di pondok hentian bas berhadapan Bazaar Penaga. Disitu Pak Husin memanggil Abg Salim dan rakan-rakan lain menggunakan radio yang dibawa (Channel V27). Rupa-rupanya Abg Salim dan Sham terlajak mengikut laluan untuk terus ke Pulau Sayak. Terus saja mereka berpatah balik dan bertemu kami semula di pondok hentian bas. Kami terus saja meneruskan kayuhan menyusuri jalan Penaga II, Teluk Air Tawar, Bagan Ajam dan akhir sekali bersurai dengan Azerul, Abg Din & Sham di Jeti Sultan Abdul Halim. Mereka akan meneruskan kayuhan pulang ke rumah masing-masing di Mak Mandin (Azerul), Seberang Jaya (Abg Din & Sham).
Penulis yang ditemani Shahrul, Pak Husin, Abg Salim, Izhar & Siti Hajar, Jijan & Lisa dan Jahuri terus saja memasuki Feri ke Pengkalan Raja Tun Uda.
Jam ketika itu sudah menunjukan pukul 12.30 tgh hari bila Feri berlabuh di Pengkalan Raja Tun Uda. Turun saja dari Feri Sahar, Izhar & Siti Hajar bersurai dan menuju kawasan letak kereta untuk menyimpan basikal dan terus pulang. Penulis bersama-sama Pak Husin, Shahrul, Jahuri, Abg Salim, Jijan & Lisa meneruskan kayuhan ke Astaka Padang Kota untuk berehat dan mengisi perut. Sekali lagi kami dikecewakan kerana semua gerai disitu tutup cuma ada satu gerai saja yang buka disudut paling hujung. Kerana tiada pilihan kami melabuhkan punggung digerai itu dan memesan makanan dan minuman.
Selesai berehat disitu, tiba untuk Jijan & Lisa, Pak Husin dan penulis meneruskan kayuhan pulang ke rumah dari Padang Kota. Abg Salim terus saja pulang ke Kuarters Balai Polis Central, Shahrul & Jahuri berpecah di Jalan Sg Pinang dan meninggalkan kami berempat meneruskan kayuhan dari Jelutong Expressway ke Bkt jambul dan Sg Ara. Penulis akhir sekali berpecah dengan Pak Husin, Jijan dan Lisa ketika sampai di lampu isyarat Bkt Jambul. Mereka akan meneruskan kayuhan lebih kurang 4KM lPak untuk sampai ke rumah masing-masing.
Meter cat eye penulis mencatatkan 67KM jarak kayuhan hari itu setelah sampai di rumah. Terima Kasih pada semua rakan-rakan V34CT yang turut serta kayuhan dari Butterworth ke Penaga. Mungkin lain masa kita akan buat kayuhan ke Pulau Sayak InsyaAllah. Jangan putus asa dan jangan cepat mengalah.. " dengan satu rengkuhan.. mulakan satu kayuhan.. " Syabas V34CT.
Untuk gambar yang lebih menarik sila layari :
No comments:
Post a Comment